Jumaat, 28 Jun 2013

Belum Terlambat Untuk Kita Berubah :)

Bismilahirahmanirahim..

Assalamualaikum...

Kali ini ana ingin menceritakan satu kisah tentang belum terlambat sebenarnya untuk kita berubah dan bersangka baik lah dengan perubahan orang lain.in sha Allah.


Di sebuah kampung,tinggal dua orang adik beradik .Si abang sangat taat perintah agama,selalu membaca Al-Quran dan suka membantu orang lain.Sikapnya amat disenangi oleh orang sekeliling.Namun berlainan pula dengan si adik,yang suka menghabiskan masa di kelab malam,berjudi,melepak dan aktiviti yang sia-sia.

Si abang selalu merasakan dirinya lebih baik dari adiknya.Tetapi berlainan pula dengan diri si adik,kata hatinya kadang kala ingin berubah tetapi dia malu dengan abangnya dan beranggap tiada sesiapa yang dapat membantunya membuat perubahan.

Si adik meneruskan kehidupannya seperti biasa,terus hidup dalam kejahilan dunia.Manakala,abangnya sering beranggap adiknya akan mati dalam kejahilan dek kerana sikap adiknya yang sedemikian,dia tidak pula ingin membantu si adik untuk berubah malah menganggap yang buruk-buruk kepada si adik.


Namun pada suatu hari,berlaku satu gempa bumi yang sangat dasyat di daerah mereka tinggal.Dalam peristiwa tersebut kedua-duanya telah meninggal dunia.Tetapi satu peristiwa telah terjadi.Apa dia??

Si abang telah mengambil keputusan untuk berkunjung ke kelab malam kerana dia melihat keseronokan yang dialami oleh adiknya selama ini.Dia terus meninggalkan rumahnya dan melangkah ke kelab malam untuk meneruskan niatnya.Dalam hatinya berkata "Mengapa aku terus hidup dalam membuat kebaikan sedangkan Allah tidak memberikan aku apa-apa,tengok saja adik aku hidupnya seronok,mempunyai duit yang banyak hasil berjudi"?.

Berlainan pula dengan si adik.Dia tekad untuk berubah dengan berkunjung ke masjid.Pada malam kejadian,dia sedang bermunajat kepada Allah di sebuah masjid manakala abangnya hanyut dengan kenikmatan dunia.Si abang meninggal dalam keadaan penuh kejahilan tetapi adiknya meninggal dalam keadaan dimulia oleh Allah kerana taubat nasuha nya.

Pengajarannya,terus bersangka baik dengan Allah,jangan pernah berputus asa untuk membuat kebaikkan.Sedarkah kamu terlalu banyak  Allah bagi nikmat kepada kita.Nikmat Islam,kesihatan,kelapangan,keluarga,dan sebagainya.Terlalu banyak nikmatNya.Jangan kita menjadi seperti si abang yang mudah berubah kerana amalannya bukan kerana Allah tetapi kerana ingin dilihat baik oleh manusia di sekelilingnya.Jadilah seperti adiknya,yang sedar akan kesilapannya dan beransur-ansur untuk berubah.

"Ramai orang yang mampu untuk berubah,tetapi tidak ramai yang mampu untuk terus Istiqamah"

Belum terlambat untuk kita berubah dan bersangka baik lah dengan setiap yang berlaku :)

Bersegerakah Kembali Kepada Allah.

Semua manusi berdosa,mempunyai kisah silam yang tidak baik.Tiada yang akan terlepas daripada dosa,melainkan yang telah diberikan mandat maksum daripada Allah swt seperti Rasulullah.

Ada bezanya manusia yang beriman dengan yang tidak beriman dalam melakukan dosa.Hendak melihat sejauh mana keimanan kita, maka kita sepatutnya boleh diukur dari segi kita 'layanan' kita terhadap dosa.

Ah?? layanan?? Maksudnya??

Maksudnya,orang yang beriman akan bersegera kembali kepada Allah setelah mengetahui kesilapan yang dia lakukan.
Orang yang keimananya lemah,sakit makanya mereka akan terus bergelombang dengan dosa,melambat-lambatkan kembali kepada Allah swt.

Kita berada dalam golongan yang mana?

Sebaik-baik manusia ialah apabila dia berada di bawah,dia akan bersegera naik semula ke atas.


Ayuh jom sama-sama berubah !!








Salam perjuangan,
Jom berubah,
Semoga kita semua terus Istiqamah,
Diuji perkara  biasa,
Kuatkan dirimu,
in sha Allah.



Khamis, 27 Jun 2013

Yang Mana Pilihan Anda?

Bangunan terbakar panggil bomba,
Bomba datang berlumba-lumba,

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismilahirahmanirahim..

Pernah dengar kan lagu di atas tu?.Selalu duk main masa muda-muda dulu(sekarang muda jugak :) )
Okkey bukan itu yang ana nak point kan sekarang.Tapi ana nak mengajak semua untuk kita berfikir satu analogi ni.
Baca elok-elok yea :)
Analogi dan penceritaan ini dikongsi oleh seorang sahabat.Semoga Allah sentiasa merahmatinya.in sha Allah.

Pada suatu hari,
Di kawasan sebuah taman perumahan terdapat satu kebakaran,kebakaran ini melibatkan satu blok bangunan.Pada ketika itu,anda berada di tingkat yang paling atas dengan kata lain tingkat paling tinggi.Pada ketika itu anda bukan keseorangan,anda bersama ahli keluarga yang lain mahupun jiran yang terdekat.Persoalannya apa yang anda perlu lakukan.Pilihan jawapan yang diberikan ada 4 :-


  1. Terus terjun dari bangunan itu keseorangan?
  2. Membiarkan diri terbakar?
  3. Mencari jalan untuk menyelamatkan diri sendiri?
  4. Mencari jalan untuk menyelamatkan diri sendiri,keluarga dan jiran terdekat?
Pilihan jawapan anda?Mesti ramai yang jawab nombor 4 kan? Kita sama!!.. :)
Tapi kenapa anda pilih nombor 4 yea?..Kenapa tak pilih nombor 1,2 dan 3 ?

Orang yang pertama dianggap membunuh diri.Membunuh amat dilarang dan ditegah dalam Islam.Ayat Al-Quran ada mengatakan tentang ini :

"Janganlah kalian membunuh jiwa yang telah diharamkan oleh Allah kecuali dengan sebab yang dibenarkan(oleh syariat)
(Al-An'am 151)

Apa yang dibenarkan?
  1. Hukum rejam bagi orang yang berzina setelah bernikah.
  2. Hukum Qisah(balas bunuh)
  3. Hukum bunuh kepada orang yang murtad dari Islam.
Orang yang kedua ialah seorang yang mengetahui perbuatan itu salah,tetapi meneruskan juga perbuatan itu.Membiarkan diri hanyut dengan kenikmatan dunia.Ana bagi contoh yang mudah,adik,kawan,kakak manis di luar sana yang tahu kita wanita Islam WAJIB menutup aurat,tapi buat juga kan?,yang duk upload gambar kat FB dengan tak menutup aurat,yang lain pula pergi 'like' .Tahukah anda? yang duk 'like' tu sama juga dengan anda mengalakkan dia untuk upload gambar lagi banyak.Tolong adik,kawan,kakak ku sayang,jangan buat lagi.Amatlah tak elok dipandangnya..(hermm,ayat kelass kan).. :).Ada pula yang kata,kalau sakit hati tak payah la tengok kan.Ana nak persoalkan balik,tujuan upload gambar tu untuk apa? saja-saja? Mesti lah orang tengok,walaupun tak nak tengok.Haa,fikir-fikir la yea.. :)

Orang yang ketiga,orang yang menyelamatkan dirinya sahaja adalah orang yang pentingkan diri sendiri.Ilmu yang kita belajar tidak dikongsi dengan orang lain.Beramal untuk dirinya sendiri.Ada ilmu yang baik tetapi tidak mahu mengajak yang lain turut serta dalam kebaikkan.Kalau dengan situasi di atas mengaharapkan orang bomba datang atau mengharapkan orang yang diluar bangunana menyelamatkan yang lain.

"Sesiapa yang beramal dengan ilmu yang dipelajari nescaya Allah akan mewariskannya ilmu apa yang dia tidak ketahui".

Orang yang keempat,tentulah yang menjadi pilihan kan.

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang paling banyak manfaatnya buat orang lain,berakhlak mulia,mempelajari Al-Quran dan mengajarnya,serta orang yang panjang umur dan banyak amalan kebaikannya.

Terdapat tiga kemungkinan jika dia berbuat begitu :
  1. Sama ada hanya dia seorang sahaja yang terselamat daripada kebakaran itu.
  2. Mungkin semua orang selamat, hanya dia seorang yang tidak selamat.
  3. Semua orang dalam bangunan itu terselamat bersama-sama dengan kita.
in sha Allah,pilihan kita adalah pilihan yang terbaik.Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dalam analogi dan kisah ini.
  • Jadilah sebaik-baik manusia.Berbakti kepada orang lain.Walaupun kecil jasa kita kepadanya.in sha Allah,dia akan mendoakan kita.
  • Jangan pentingkan diri sendiri.Orang yang pentingkan diri sendiri akan memakan dirinya sendiri.
  • Beramallah dengan ilmu yang kita pelajari.Ilmu yang baik kita kongsikan bersama.in sha Allah,kebaikkan yang dibalas.Tetapi jangan hanya mengharapkan balasan dari manusia,ingatlah Allah senantiasa ada yang terbaik untuk kita.


Alhamdulilah,
Sekian,
Semoga bermanfaat,
Maaf kalau ada kata-kata yang kasar,
Ini untuk peringatan bersama,
Terima kasih...



Mengapa Aku Disusahkan?

Pada suatu hari.....
Arghhhh....aku study penat-penat nie je yang aku dapat??...Baik tak payah study..

Kadangkala....
"Ya,Allah, kenapa hidup aku diuji begini??..

Tertanya-tanya...
Kenapa aku yang disalahkan, kenapa aku??...

tetttt....cukup-cukup lah tu..

Namun hakikatnya,apakah benar kita disusahkan,diuji,disalahkan??...
Atau hakikatnya kitalah yang menyusahkan diri kita sendiri?..

Fikir-fikirkan yea...

Kehidupan kita di atas apa?

Melihat kembali kehidupan kita atas apa kita berpijak dan berpegang?
Apakah di atas dasar keimanan kepada Allah swt atau di atas nafsu kita sendiri?
Adakalanya sebahagian kita beranggapan kita telah dalam landasan Islam yang betul,hanya dengan mengerjakan solat fardhu lima waktu,puasa di bulan Ramadhan..TETAPI bukan dalam belajar,kerja,rumah tangga,dan pengurusan keluarga.. Kenapa ana kata macam tu??.. ye,lah kalau kita letak keimanan kepada Allah swt asas kehidupan kita,ada ke yang akan jadi seperti situasi di atas?..

Kita hanya praktikkan separuh dari kehidupan kita.Islam adalah sumber kebahagian dan kedamaian.Namun kita tidak bersungguh-sungguh untuk mengautnya.Kita ambil kadang-kadang,separuh-separuh,secebis-secebis..haa..apa lagi??..hehe..

Itulah hakikatnya punca utama kesusahan kita.Jom baca ayat cinta dari Allah swt :)

Dan jika Allah mengenakan(menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri : dan jika Dia mengenakan(melimpahkan) engkau dengan kebaikan, amak Dia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Al-An'am 6:17)

Tarbiah..

Sedarkah anda,sepanjang kehidupan kita ini proses pentarbiyahan,ditarbiyah,mentarbiyah selalu jea ada disekeliling kita.Samada kita perasan atau tidak sahaja,kalau anda seorang yang suka memerhati,pemikir anda akan rasa ada hikmah semua itu berlaku disekeliling anda.Tarbiah juga sebahagian ujian untuk kita daripada Allah.

Kejap ana!!..apa maksud tarbiyah tu??..

*Memperbaiki sesuatu dan meluruskannya. Sedang arti tarbiyah secara istilah adalah:

1. Menyampaikan sesuatu untuk mencapai kesempurnaan, dimana bentuk penyampaiannya satu dengan yang lain berbezaa sesuai dengan tujuan pembentukannya.

2. Menentukan tujuan melalui persiapan sesuai dengan batas kemampuan untuk mencapai kesempurnaan.

3. Sesuatu yang dilakukan secara bertahap dan sedikit demi sedikit oleh seorang pendidik.

4. Sesuatu yang dilakukan secara berkesinambungan, maksudnya tahapan-tahapannya sejajar dengan kehidupan, tidak berhenti pada batas tertentu, terhitung dari buaian sampai liang lahad.

5. Dijadikan sebagai tujuan terpenting dalam kehidupan, baik secara individu maupun keseluruhan, yaitu untuk kemashlahatan ummat dengan asas mencapai keridhaan Allah SWT .


*******
Janganlah memandang serong dengan kesusahan yang datang bertimpa.Pandanglah ia sebagai satu bentuk kasih sayang Allah kepada kita.Pada saat kita ditimpa kesusahan yang mana tiada orang mampu menjadi tempat bergantung kita hanya ada dua pilihan.Merapatkan diri kita dengan Nya atau terus menyalahkan-Nya..

Tapi kebiasaanya kebanyakkan dari kita akan menyalahkanNya..
Mengapa kita tidak memilih lagi satu yea??..ermm..
Kita sudah sedia maklum bahawa Allah sahaja yang dapat menyelamatkan kita daripada terlalu mengejar kenikmatan dunia yang penuh tipu daya.Tapi kita lupa yang memberikan kita syurga di akhirat yang kekal abadi selama-lamanya adalah Allah swt.

Kerana dosa kita juga...


Jika kita perhatikan balik,muhasabah diri kita.Kesusahan yang menimpa kita adalah kerana dosa-dosa kita juga.Mungkin sahaja Allah tidak memudahkan urusan kehidupan kita kerana kita melakukan maksiat dan pengingkaran terhadap-Nya.

Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk Hambanya.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu ,padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui ,sedang kamu tidak mengetahui"
(Al-Baqarah ayat 216)

Bersangka baiklah dengan Allah.Dia Maha Mengetahui.Apabila kita ditimpa sesuatu musibah,muhasabah diri balik.Apa salah kita?..Jaga diri kita,mungkin perkara yang sama boleh berulang,jika bukan pada diri kita sendiri,pada anak-anak kita,saudara..Siapa tahu kan?..

Hakikatnya,diri sendirilah yang sepatutnya kita persalahkan.Ayat cinta Allah :)

Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) ; dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
(Asy-Syura 42:30)







Jom muhasabah diri ;)
Jangan mudah salahkan orang lain,
Salahkan diri sendiri..
Tapi jangan pula menghukum diri sendiri dengan buat perkara tak sepatutnya,
Berbaliklah kepada Allah swt,
Salam Kemaafan(macam nak raya pulak :D)
Semoga bermanfaat....

Selasa, 25 Jun 2013

Rasa Nikmat Ditegur Allah SWT.....

DISAAT YANG SEPI INI
KU DUDUK SEORANG DIRI
MEMOHON KEAMPUNAN DARI ILAHI

BAK LAUTAN BERGELOMBANG
SIANG MALAM PAGI JUGA PETANG
MENGHARAPKAN KETENANGAN
DARI TUHAN YANG ESA

BETAPA RIMBUNNYA DOSAKU
SEMUA TERLAKAR DILEMBAH USIAKU
SALAH DAN SILAP DIMASA YANG LALU
KINI KU SESALI

KU TIDAK LAYAK KESYURGAMU
NAMUN TAK SANGGUP KE NERAKAMU
KUTUNDUK SUJUD MERENDAH DIRI
KEMBALI PADAMU

*Sebahagian dari lirik lagu keinsafan diri dari kumpulan Fursan*

Hidup ini tidak lepas dari teguran,sama ada kita sedar atau tidak,kita endah atau tidak.Datang dari orang yang kita sayangi atau dari orang yang kita benci.Memang kita tak nafikan teguran yang kita senangi apabila teguran dalam bentuk pujian yang menyenangkan jiwa.

Namun,sedarlah awan tidak selalu cerah.Pasti ada awan mendung hitam berarak sambil membawa hujan bersamanya untuk dijatuhkan ke muka bumi.Begitulah hidup kita.Ada yang kata kehidupan kita seperti sebuah roda,adakala di tahap kita jatuh ,adakala di tahap kita berjaya.Sama juga,bila ada pujian hari ini,bersedialah untuk menerima teguran tajam,pedas,panas yang boleh menyakitkan hati kita pada hari esok.

Bila dirimu jatuh dek kerana salah diri kita atau orang lain,bawalah diri berfikit tentang DIA Yang Maha Agung.Pujuklah rasa untuk sujud,muhasabah diri kita kembali.Sedangkan Nabi Muhammad SAW diuji apatah lagi kita hamba Allah yang berdosa lagi kekurangan dan selalu membuat salah.

Setuju atau tidak?? kalau ana mengatakan teguran atau kritikan selalu terkena kepada yang mahu berbuat kebaikan,yang ingin berubah,yang selalu mahu memberi,yang mahu memperbaiki diri, serta berusaha membangun perubahan buat manusia lain dalam kehidupannya.Perjuangan ini amat perit.Seperti mana ana pernah lalunya dahulu,dalam membawa diri kita perlukan sokongan dan doa.Allah akan melapangkan dadanya dan dipermudahkan jalannya,seperti ayat al-Quran yang bermaksud :


“Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.”

Surah al An’am ayat 125.

Sampai satu tahap,teguran ini mampu membuatkan kita menangis.Menangislah...jadikan air mata kita sebagai saksi kesedihan dan kepiluan hati kita.Mereka mengkritik kita kerana mereka memperhatikan kita...betul tak??....Mereka mengkritik kita kerana terus berbuat kebaikan yang mendahului mereka dalam banyak hal,mungkin kerana perbuatan kita,ilmu kita,kedudukan dan harta kita.Allahuakbar !! Semua tu tak kemana tanpa Allah yang memberikan semua.

Jangan mudah berputus asa dan mengaku kalah.Ingat !! kita buat perkara yang baik.Tetapi jangan ada di satu tahap diri kita rasa seperti diri kita hebat dari orang lain.Nauzubillah..minta jauh..
Terjahan demi terjahan kepada kita hanya akan membuatkan kita lebih kuat dalam perjuangan.Jawablah dengan menunjukkan akhlak yang baik dan tidak tertekan.Minta maaf kepada mereka jika perubahan kita ini membuatkan mereka rasa tidak selesa.

Kita harus bersifat terbuka dalam menerima teguran.Bertanyakan kepada mereka apa salah kita??..

Pujuklah rasa hati mu,
Mohon supaya kuat dalam perjuangan,
Ingat kita tidak keseorangan,
Mohon Doa kepada Allah,Ibu Bapa dan Sahabat kita,
Rasakan nikmat apabila Allah ingin menegur kita melalui kawan-kawan kita sendiri,
Mujahadah itu pahit,kerana Syurga itu manis.




waallahu'lam
Semoga bermanfaat :)
Salam perjuangan...

Ahad, 23 Jun 2013

Namamu Terkenal di Langit =) Part 2

***Sambungan***

Saban waktu berlalu sehinggalah tiba kewafatan Rasulullah SAW dan tiba pemerintahan Saidina Umar. Beliau teringat akan pesan Rasulullah SAW lalu lantas mengajak Saidina Ali untuk menjejaki lelaki yang membuatkan mereka terpegun cemburu.Sejak itu,setiap kali kalifah dan rombongan dari Yaman datang, mereka pasti akan menanyakan alan keberadaan Uwais pada mereka sehinggakan ada di antara kalifah-kalifah itu hairan kerana Amirul Mukminin begitu beria ingin mengretahui tentang Uwais sedangkan siapalah Uwais di mata mereka.Hanya pengembala kambing .miskin, sering diejek dan tidak dipedulikan oleh masyarakat.

Suatu ketika, Uwais Al-Qarni mengikuti rombongan dagang dan tiba di Madinah.Saidina Ali dan Saidina Umar ingin bertemu dengan Uwais .Tatkala bertemu, mereka saling bersalaman dan Saidina Umar lantas membalikkan tangan Uwais dan mendapati ada tanda putih di telapak tangannya. Tidak tergambar kegembiraan kedua-dua sahabat ini apabila bertemu dengan lelaki yang begitu dikenali di langit.

" Siapakah namamu??" tanya mereka berdua
"Namaku Abdullah," jawab Uwais.

Kedua-dua sahabat Nabi ini ketawa dan mengatakan bahawa mereka juga bernama Abdullah ,yakni hamba Allah.

"Katakanlah namamu yang sebenar wahai saudara".

"Namaku Uwais Al-Qarni" sabut Uwais.

Saidina Umar dan Saidina Ali lalu memohon doa dan istighfar daripada beliau seperti dipesan oleh Rasulullah SAW dahulu. Meskipun enggan kerana merasa tidak layak, beliau akhirnya menadah tangan dan memohon doa buat mereka berdua.Saidina Umar menawarkan beliau dengan harta Baitul Mal namun Uwais menolak dengan baik. Sejak peristiwa itu,langsung nama Uwais tenggelam dan hilang khabar berita kerana beliau tidak ingin dikenali orang.

Setelah sekian lama,tersebarlah berita bahawa Uwais kembali ke rahmatullah.Pemergiannya membangkitkan pelbagai peristiwa yang aneh dan menggemparkan penduduk setempat. Tatkala saat kematiannya, begitu banyak manusia yang tidak dikenali hadir untuk menguruskan jenazah beliau sedangkan beliau adalah seorang yang kafir.Saat dia dimandikan sehinggalah dikebumikan ,pasti sahaja akan ada orang yang sudah siap melaksanakannya terlebih dahulu.Peristiwa ini membuatkan penduduk Yaman pelik.

"Siapakah sebenarnya Uwais Al-Qarni ini? Mengapa begitu banyak sekali manusia yang tidak dikenali datang ketika kematiannya? Sedangkan beliau hanyalah seoarng fakir dan langsung tidak memiliki apa-apa bahkan hanyalah seorang pengembala kambing??"

Sesungguhnya, manusia-manusia yang datang menguruskan pengebumian Uwasi adalah para malaikat.

Saat itu ketahuilah oleh penduduk Yaman,manusia yang sering mereka keji dan menjadi bahan umpatan itu menduduki tempat yang istimewa di sisi Allah.

Beliau ialah Uwais Al-Qarni, tidak dikenali di bumi tetapi dikenali di langit.

*Semoga dengan kisah di atas kita dapat mengambil ikhtibar, in sha Allah*

Biarlah hina di sisi manusia,tetapi mulia di sisi Allah

Dikeji,Dicela,Dipandang serong oleh sesetengah orang itu perkara biasa,tetapi kuatlah kerana kita ada Allah.






Diadaptasi dari Majalah Sinergi Edisi 9.

Sekian,., ^^

Sabtu, 22 Jun 2013

Believe,Yakin kepada Allah ^_^


Imam As-Syahid telah mengarahkan Abbas As-Sissy agar menyertai tentera. Dengan penyertaan itu semoga dapat membuka sayap dakwah dalam bahagian ketenteraan.Abbas As-Sissy adalah seorang yang memakai cermin mata. Dan syarat untuk menyertai tentera adalah seorang yang tidak boleh bercermin mata.Kerana kegusaran mula bersarang di hati,Abbas As-Sissy lalu berjumpa dengan Imam As-Syahid.

"Syeikh,aku seorang yang bercermin mata.Pasti aku tidak akan diterima untuk memasuki tentera,"
"Tidak mengapa,mohon sahaja.Yakinlah kepada Allah"
"Tidak boleh syeikh,aku akan ditolak",
"Usah,tunjukkan engkau berkaca mata.Jangan risau,yakinlah kepada Allah"
"Nanti akan ada ujian menembak,bagaimana aku ingin melepasinya tanpa kaca mata?,

"Tidak apa,teruskan sahaja.Ketika ujian itu, jangan bertawakal kepada matamu.Bertawakallah dan yakinlah kepada Allah".

Abbas As-Sissy terdiam mendengarkan nasihat Imam As-Syahid,Lalu,dia meneruskan dengan hasratnya dan memohon untuk menyertai bahagian ketenteraan.Dan dia telah lulus dalam semua ujian,termasuk ujian menembak.

Lihat,hasil tawakal dan yakin kepada Allah :)

Banyak lagi kisah yang berkaitan dengan tawakal ini..

Walaupun ringkas,harap bermanfaat :)

in sha Allah...


Namamu terkenal di Langit.. =)

Uwais Al-Qarni

PART 1
           
                    Uwais merupakan seorang pemuda tampan yang bermata biru dan kulitnya kemerah-merahan.Dagunya hampir dengan dadanya kerana sering melihat ke tempat sujud.Lelaki mulia ini hanya memiliki dua helai pakaian yang sudah lusuh : satu digunakan untuk menutupi badan dan satu lagi digunakan sebagai selendang.Disebabkan kemiskinannya beliau sering dihina ,dicaci dan menjadi bahan umpatan oleh penduduk kampung .Tidak sedikit yang menuduhnya sebagai pengemis barang dan pebcuri sehinggakan beliau tidak sudi menerima hadiah pemberian pakaian dari seorang fuqaha dari Kuffah kerana enggan dikatakan sebagai pencuri.

Uwais Al-Qarni atau nama sebenarnya Uwais bin Amir Abu Amr Al-Qarni Al-Muradi merupakan seorang yatim dan memelihara seorang ibu yang buta dan lumouh. Untuk menampung kehidupan mereka, wais bekerja sebagai pengembala kambing.Jika mempunyai rezeki yang lebih ,beliau akan membantu jiran tetangganya meskipun kehidupannya disibukkan dengan urusan pengembalanya dan menjaga ibunya yang tua, hal itu langsung tidak menjadi penghalang buat beliau untuk berpuasa di siang hari serta beribadah di malam hari.

Kala sendirian,Uwais sangat fokus terhadap ibadahnya.Tatkala petang menjelang, Uwais akan berkata, "malam ini adalah malam rukuk ku.Maka beliau pun rukuk sehingga tiba waktu subuh. Meskipun miskin, beliau akan tetap menyedekahkan makanan dan pakaian kepada yang lebih memerlukan.

Uwais mentalak dunia dengan talak tiga yang tidak mungkin dirujuk kembali.Sampai-sampai kezuhudannya itu menyebabkan beliau tidak merasa segan mengambil makanan dari tempat sampah lalu membasuhnya.Sebahagian dimakan, dan sebahagiannya lagi disedekahkannya.

Ketika Islam datang ke negeri Yaman, banyak tetangganya yang berpegian ke Madinah untuk bertemu dengan Rasulullah SAW dan mendengarnya langsung dari Baginda. Kerinduan dan kesedihan Uwais memuncak apabila kembalinya tetangganya dari Madinah mereka terus memperbaharui kehidupan mereka dengan berlandaskan syariat Islam.

Ketika perang Uhud meletus, Rasulullah SAW cedera dan gigi Baginda patah kerana dilempari batu oleh musuh.Khabar ini sampai ke pengentahuan Uwais ,dan atas rasa cinta yang begitu dalam dan agung, Uwais segera memukul giginya dengan batu sehingga patah.Allahuakbar !!

Kecintaannya yang kuat menyebabkan beliau membuat keputusan untuk bertemu dengan Rasulullah SAW dan meminta izin kepada ibunya untuk pergi ke Madinah.Perjalanan sejauh 400 kilometer itu dilaluinya semata-mata untuk bertemu Rasulullah SAW .Tatkala tiba di Madinah, beliau lantas mencari rumah Rasulullah dan mengetuk pintu rumah tersebut.

Namun yang muncul adalah Saidatina Aisyah RA .Remuk redam hati Uwais tatkala dikhabarkan bahawa Rasulullah SAW tiada kerana pergi berperang . Dengan perasaan yang serba salah ,beliau berkata kepada Aishah RA ,"Titipkan salamku buat Rasulullah SAW ,wahai Saidatina Aishah RA" .Uwais terus melangkah berat dengan hati yang pilu.Saat Rasulullah SAW pulang, Baginda terus bertanyakan kepada Saidatina Aishah RA mengenai orang yang mencarinya.


"Adakah kalian tahu siapakah gerangan orang yang mencariku itu? "Tidak,ya Rasulullah,"balas para sahabat.

"Ketahuilah sesungguhnya dia itu adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.Sebaik-baik tabi'in adalah Uwais".

Para sahabat terpegun dengan penjelasan dari Baginda.Rasulullah bersabda "Kalau kalian ingin berjumpa dengannya,perhatikanlah bahawa dia mempunyai tanda putih di tengah-tengah tapak tangannya".

Baginda mengatakan kepada Saidina Umar dan Saidina Ali agar memohon doa serta istighfarnya jika bertemu dengan lelaki penghuni langit itu.............



Adakah Saidina Umar dan Saidina Ali dapat bertemu dengan Uwais Al-Qarni??
Bagaimana Khulafa' Ar-Rasyidin itu bertemu dengan Uwais Al-Qarni??

*Nantikan sambungannya di Part 2*
in sha Allah :)


 

Khamis, 20 Jun 2013

Ahlan Wasahlan... :)

Assalamualaikum..
Ahlan wasahlan...
Salam perkenalan...

Hatiku terdetik untuk menulis dan berkongsi ilmu dengan sahabat semua,
Ana seorang yang miskin harta,
tetapi ana harap dengan perkongsian yang ana titipkan di blog saya ini dibaca dan diamalkan bersama..
'sampaikan daripada Ku walaupun satu ayat' in sha Allah,sama-sama kita sahut seruan Rasulullah s.a.w yang kita cintai..

Sedikit perkenalan dr diri ini,
Ana seorang muslimah yang sedang belajar mencari erti sebuah kehidupan dalam melayari sebuah perjuangan yang tak pernah kesudahan sehingga kita meninggalkan tempat persinggahan kita ini.Dilahirkan di bumi yang dipanggil negeri Serambi Mekah (Kelantan) ...dalam kalangan keluarga yang sederhana dan Alhamdulilah ..Masih belajar di Universiti Malaysia Kelantan,Kampus Jeli dalam jurusan Sustainable Sciene...juga belajar di Kelantan :)
Semakin banyak kita belajar,semakin tinggi kejahilan kita..semakin tinggi amanah yang kita perlu pegang.. in sha Allah..
tinta seorang pencari akan bersambung lagi..
:)