Khamis, 28 November 2013

Doaku Untukmu...

الرَّحِيمِ الرَّحْمنِ اللهِ بِسْم

ASSALAMUALAIKUM.

Alhamdulilah,bersyukur ke hadrat Ilahi.


Allah berfirman:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Dan Rabbmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.
(Ghaafir: 60)
D.O.A 
Salah satu cara kita berkomunikasi denganNya yang sangat hebat,hanya kita denganNya sahaja yang memahami dan mengerti erti sebenar apa yang kita minta kepadaNya.Bak kata Ustazah Fatimah Syarha : Jika perlu kamu menangis,maka menangislah.Hadirkannya dari hati yang ikhlas.Mana mungkin Allah menolak doa seorang hambanya yang menangis dan merayu tetapi jika apa yang kamu hajati tidak kesampaian ketahuilah ada yang lebih baik dari apa yang kamu minta.Dia tidak memberi apa yang kamu pinta,tapi Dia memberi apa yang kamu perlu.
in sha Allah,ana akan kongsikan kepada pembaca semua bagaimana untuk mendapatkan doa yang mustajab dari Rasullullah.
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”
Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.”
Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”
Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”
Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: “Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”
Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”



Doaku Untukmu,
Doakan untuk kedua ibu bapa ,saudara mara,kawan-kawan,saudara kita di sana.
Doa senjata umat Islam,
Selamat menempuhi hari-hari seterusnya dalam perjalanan kita,
Moga Allah redha dengan setiap yang kita lakukan,
Moga sentiasa dalam rahmatNya,
In sha Allah,
Wallahu'lam

c&p

Isnin, 25 November 2013

Mengapa Tidak Aku??..

Assalamualaikum,


Alhamdulilah,bersyukur ke hadrat Ilahi,pada saat ini kita masih diberikan peluang olehNya untuk terus bernafas bagi meneruskan perjuangan kita yang tiada kesudahan ini.

Mesti ramai yang tertanya kenapa dengan tajuk entry kali ini 'Mengapa Tidak Aku'?.Banyak jawapan dan persoalan disebalik sebuah ayat itu.Entry kali ini sedikit sebanyak berkaitan dengan Pilihan Raya Kampus UMK pada kali ini.Tiba-tiba saja idea ini datang kat ana untuk dikongsi bersama,In sha Allah,jika ada salah silap mohon dimaafkan.Penulisan ini hanya pesanan dari seorang sahabat dan pemerhati :)

Tanggal 24 .November .2013 bermulanya kempen bagi setiap calon yang ingin bertanding.Terdiri daripada calon Umum dan Fakuti.Banyak benda yang kita boleh perhati dan lihat bagaimana cara mereka bekerja.Bermula dari penamaan calon sehingga hari pengundian.Selamat berjaya semua :)

Sebelum penamaan calon bermula,bakal calon perlu membeli borang.Tempoh yang diberikan selama 2 hari,dalam tempoh dua hari ana pernah juga ditanya 'kenapa ana tak masuk MPP?' hanya tersenyum dan menjawab 'ana belum mampu untuk mengalas tugas seberat itu,tak apa kita bagi kepada hak terpilih' hehe..
Dan dengan izin Allah,roomate dan kawan dari asasi ana sendiri yang masuk bertanding.Alhamdulilah tumpang gembira untuk saudari Nur Ainin Sofiya Bt Md Affandi dan saudari Ainul Fathini Abdul Karim.

Pesan ku amanah yang kalian pegang ini amat berat tetapi jika kalian mampu melaksanakannya dengan baik.in sha Allah sebaik-baik 'pulangan' yang Allah berikan.Kalian semua insan yang terpilih untuk memegang jawatan ini.Percaya pada diri dan teruskan dengan matlamat :)

Sebuah kata-kata,
^_^

Dhoha. 8 Nov 2013.

Wahai anakku,
Janganlah kamu menerima sesuatu jawatan seandainya kamu tidak mampu memikulnya kelak ia akan menyusahkan kamu di akhirat. Jawatan itu mungkin akan membanggakan kamu seketika, namun ia adalah bebanan yang berat. Aku seringkali merenungi nasihat Imam Al Ghazali, bila ia bertanya kepada muridnya, apakah yang paling dekat, apakah yang paling jauh, apakah yang paling berat dan apakah yang paling ringan. Pelbagai jawapan dari muridnya, akhirnyania berkata " yang paling dekat ialah kematian, kerana ia datang kepadamu dan kamu pergi kepadanya. Manakala yang paling jauh ialah masa yang telah terlepas darimu, kerana ia semangkin menjauh darimu, manakala yang paling berat ialah amanah, dan yang paling ringan ialah berjanji.

Wahai anakku,
Suatu hari Rasulullah pernah menyatakan kepada Abu Zar bilamana beliau memohon jawatan " wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedang jawatan ini adalah amanah, kelak kamu akan menyesal, melainkan kamu menerimanya kerana kelayakanmu, dan kamu tunaikan tanggungjawabnya"

Wahai anakku,
Engkau tidak lebih baik dari Abu Zar dalam amalanmu atau kemampuanmu. Namun jawatan bilamana menjadi hak yang kamu terpaksa menerimanya, mohonlah pertolongan Allah agar Dia membantumu dalam melaksakan amanah itu. Aku tidak bimbang cemuhan atau pujian manusia kepadamu di dunia ini, kerana ia hanya sementara waktu, sedang menantimu di akhirat jauh lebih berat dan lebih besar.

Wahai anakku,
Apa jua jawatan yang kamu pikul, kamu mesti gunakannya untuk menegakkan agama Allah dan menyebarkan kebaikan kepada manusia. Dengan itu, jawatan tersebut akan membahagiakan kamu di dunia dan membanggakan kamu di akhirat. Engkau tidak akan rasanya sebagai bebanan, kerana beratnya tanggungjawabmu menyebabkan besarnya pahalamu, dan ia akan mendekatkanmu dengan Allah. Setiap kali kamu rasa beratnya tanggungjawab yang kamu mesti laksanakan, Allah akan membantumu dengan meringankan bebananmu yang lain di dunia ini.

Wahai anakku,
Aku bertanya kepada Mursyid Am, agar beliau menasihatiku bilamana aku diminta bertanding dalam pilihanraya, beliau mengigatkan aku dengan dua perkara, iaitu

 i. Masuk politik jangan sesekali niat untuk menjadi kaya, kerana politik ialah perjuangan bagi memenangkan Islam dan mendaulatkan syariat Allah.
ii. Kemana sahaja kamu pergi, biarlah ada duit dalam poket, mana tahu kamu akan berjumpa orang yang sangat memerlukan bantuanmu . Kamu tolong diwaktu ia sangat memerlukan, maka pahalanya sangat besar.

Wahai anakku,
Aku penuh yakin dengan Allah yang Maha Penyanyang. Bilamana Ia letakkan amanah ke atas bahumu, tentulah kerana kemampuanmu dan Dia akan pasti membantumu selagi kam mendekatkan dirimu pada Nya. Ambillah kesempatan pada waktu siang, malam atau sedikit dari waktu fajar untuk memohon pertolongan Allah bagi memudahkan urusanmu.




^_^
Meneruskan perjalanan,
Walaupun jauh ditinggalkan oleh insan lain,
Moga ada yang terbaik di pengakhiran nanti,
Sebuah penantian,

Selasa, 19 November 2013

Taman-Taman Syurga...

 الرَّحِيمِ الرَّحْمنِ اللهِ بِسْم




3 bersahabat yang selalu bersama dalam perjuangan.Jom kita fahami apa yang ingin mereka perjelaskan kat kita semua ^^

Seusai solat maghrib berjemaah di surau kolej...

Mengapa perlu takut dengan agama?

Aisyah : Ana perasan semasa solat maghrib, ada ramai jemaah. Tetapi bila mula kuliah, hanya beberapa orang saja yang tunggu mendengar.

Akhtar :Ya. Ana juga perasan perkara yang sama. Kebanyakan daripada mereka terus keluar apabila majlis ilmu bermula.Adakah kerana perbezaan pendapat atau kerana perbezaan gerakan atau kerana perbezaan politik yang menyebabkan mereka tidak mahu mendengar pengisian ustaz sebentar tadi?

Ana :Sepatutnya kita tidak boleh bersikap sedemikian. Jangan kerana ada sedikit perbezaan kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW berpecah-belah.Bukankah Nabi sudah berpesan supaya menjaga silaturahim.Jika perkara yang dapat meningkatkan keimanan kita serta mendekatkan diri kepada Allah, kita perlulah melakukannya.


Akhtar : Salah satu sifat yang ada pada Nabi SAW ialah tabligh yang bermaksud menyampaikan. Bahkan semua para Rasul perlu menyampaikan wahyu yang diturunkan kepada umat mereka, kecuali Nabi-nabi sahaja yang tidak perlu menyampaikannya.

Ana :Benar, Akhtar. Kita sebagai umat Nabi SAW perlu mencontohi sifatnya yang mulia itu.Nabi sudah bersabda sampaikan daripadaku walau sepotong ayat.Tidak perlu untuk kita menyertai golongan tabligh untuk menyampaikan pesanan kepada masyarakat, terutamanya mereka yang tinggal di kejiranan kita ini.

Aisyah : Ana setuju dengan cadangan Ana. Kita perlu pergi rumah kerumah di kawasan kita ini untuk menyampaikan perkara yang benar.Mereka semua berhak mengetahui perkara yang hak (kebenaran).Sesiapa yang mengakui bahawa tiada tuhan selain Allah, dia seorang da’ie.


Akhtar :Hampir setiap rumah kita telah lalui, namun kebanyakan rumah tertutup rapat. Adakah mereka tidak sudi untuk bertemu dengan kita atau mereka sememangnya tiada di rumah?

Aisyah :Ya . Tidak baik untuk bersangka buruk.Nabi kita selalu bersangka baik.Jadi kita anggaplah mereka sememangnya mempunyai hal yang lain. Mungkin tiada di rumah atau pun tidak menyedari akan kehadiran kita.

Ana :Betul. Namun begitu, kita perlu memikirkan cara yang paling berkesan supaya dakwah kita sampai kepada mereka. Jika mereka tidak selesa dengan cara yang kita lakukan ini, kita perlu mencari cara lain supaya mereka tidak berasa malu atau segan untuk bertemu dengan kita. Sebenarnya tidak ada apa yang perlu ditakutkan dengan agama.




“pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukup kan nikmat Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”
[Surah al-Maidah :ayat 3]

-          Ayat ini menyatakan kesyumulan agama Islam. Agama Islam bukan hanya pada nama, bukan hanya ketika susah, bukan hanya ketika melakukan ibadat khusus. Sebenarnya agama Islam itu adalah cara hidup. “Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah.”
-          Agama Islam telah ajarkan kepada kita semua perkara. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarbenda. Termasuk semua bidang ilmu, sains, matematik, fizik, perubatan, astronomi, ekonomi, politik dan lain-lain lagi.

“Sesungguhnya agama(diredhai) disisi Allah hanyalah Islam,”
[Surah Ali Imran :ayat 19]

-          Para Rasul dan Nabi semuanya membawa agama yang sama iaitu mentauhidkan Allah. Mungkin berbeza dari segi syariat, tetapi sama dari segi akidah. “Katakanlah(Wahai Muhammad)Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohan hajat. Dia tidak beranak dan Dia tidak pula diberanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya.”

Hari yang pada nya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun.Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik).
[Surah asy-Syura : ayat 88 & 89]


Apa yang sahabat faham tentang perbualan antara 3 sahabat tadi? Tajuknya 'mengapa perlu takut dengan agama?' .Dekat sini ana nak huraikan sedikit tentang dialog itu,dialog kat atas memberikan kita penjelasan kepada tajuk bukanya jawapan kepada tajuk tersebut. Jadi tak perlu takut dengan ajaran agama kita Islam.Disekeliling kita banyak persoalan yang boleh ditimbulkan mengenai tajuk ini.

Umat kita sekarang tak salah kalau ana mengatakan kita semakin parah.Parah dengan pembagai jenis dugaan yang Allah berikan kepada kita.Dengan cara itu Dia dapat menilai sejauh mana kita dalam mencintai Dia dan Rasul.Adakah kita tewas atau kita berjaya? Jawapannya ada pada diri kita sendiri bukan.Muhasabah diri yang leka ini.Sungguh diri ini juga kadang tewas dengan dunia.Alhamdulilah Dia masih menjaga ku dengan sebaiknya.


Apa yang ada dihadapan kita,kita lalui dengan sebaiknya.In sha Allah dengan sahabat kita yang setia menemani kita.Nak menerima itu susah,tapi nak menjaga lagi susah.Memerlukan kekuatan ,doa,kesabaran kita sendiri.Dan jika kita tewas dalam perjalanan ini,ingat 'jalan pulang' kita sentiasa terbentang luas ^^

Panjang pula yea,budak ni menulis.Okkey setakat dulu yea.In sha Allah panjang umur,Jumpa lagi di sini.Doakan yang terbaik untuk kedua ibubapa kita,saudara mara,kawan-kawan dan seluruh umat Islam.Moga sentiasa dalam lindungannya.

'Dari sahabat untuk satu Umat'.

Salam dan selawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad saw.

Waallahu'lam








Jumaat, 15 November 2013

Insan yang Tersayang

Bismillahirahmanirahim,

Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”
[Surah Luqman ayat: 14]




Dia yang kita panggil Umi,Mama,Ibu,Mak,Bonda sentiasa berkorban untuk kita.Sejak kita dalam kamdungannya dia menjaga kita dengan sebaiknya kerna dia tahu kita ini amanah dari Allah yang perlu dijaga dengan sebaiknya,dijaga diajar dibelai dengan kasih sayang.

Apabila kita dilahirkan ke dunia dia insan yang pertama yang mengalirkan air mata kerana menahan sakit dan bersyukur melihat kita selamat lahir ke dunia ini.Apabila kita semakin membesar dia yang banyak mengajar kita tentang erti kehidupan,dia yang tidak tidur malam dek kerana kita.Sekarang kita telah besar ,memasuki alam persekolahan,universiti,bekerja dan berkeluarga.

Melangkah dan terus melangkah........

Kita sentiasa ada dalam doanya.Sedarlah wahai anak,bahawa ibumu sentiasa ada untuk kita.Biar kadang dia membiarkan kita membesar dengan orang lain tapi ketahuilah dengan doanya kita dapat berjaya sehingga sekarang.

Insan ini :

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh & selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan & kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!....


Suatu hari umi berpesan:

Kemana sahaja kamu pergi jangan tinggal senaskah al-Quran yang kecil ini.Penyelamat kita dunia akhirat.Dia berpesan lagi bersabar lah dengan kehidupan ini dengan apa sahaja ujian yang Allah berikan kepada kita.Ingat kita ada dalam doanya selalu.Itu kekuatan kita selama ini.

Umi,
Ketahuilah anakmu sangat menyayangimu,
Kadang diriku nakal,memberontak,
Kau sabar menjaga,
Mengikuti segala kemahuan,
Kerana suatu hari nanti anakmu juga akan mengalami pengalaman yang sama sepertimu menjaga ku,
Akan ku kutip kekuatan yang ada padamu,
Menjadi bekalan dalam perjalanan yang penuh dugaan ini,

Bingkisan ini untuk:

Umi Abah terima kasih kerana banyak berkorban untuk anak mu ,
Kepada bakal mertuaku yang masih menjadi rahsia Allah,
Mama papa,
Umi Abi,
Emak Bapa,
Bonda Ayahanda,
Dipermudahkan jalan ke syurga tanpa sebarang hijab,

Anak-anak,
Jadilah seindah namamu,
Berikan sebuah 'hadiah' untuknya,
Terima kasih ya Allah atas kurniaanMu,
in sha Allah,






Salam Jumaat,
Sama-sama kita mendoakan supaya kedua ibubapa kita sentiasa dalam lindunganNya,
in sha Allah,
Muhasabah diri,


Rabu, 13 November 2013

القلب (al-qalb) dan الكبد (al-kabid)

 الرَّحِيمِ الرَّحْمنِ اللهِ بِسْم

JANTUNG VS HATI


Entry kali ini jom kita belajar tentang jantung dan hati.Haa,macam blog seorang doktor pulak :).Ramai antara kita terkadang keliru di antara jantung dan hati.Sebagai contohnya,

“Cinta itu tempatnya di hati, sekiranya dia kecewa hatinya menangis.Sekiranya dia gembira, hatinya ketawa.”

”Seandainya waktu, Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu, Akan kubiarkan mati hatiku selamanya, Sehingga kau datang membangunk anaku.”

“Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya ,Terkunci kerna selalu terluka , Ku ingin menjadi penutupnya.”

Dan banyak lagi contoh-contoh yang lain. Kalau bab ayat-ayat jiwang semua orang pandai kot. ;)

InsyaAllah kita akan huraikan perbezaan jantung dengan hati dalam beberapa aspek :

1.   Kedudukan
2.   Ilustrasi cinta
3.   Terjemahan bahasa
4.   Isyarat tangan

1)   Kedudukan


-       القلب (al-qalb) = heart = jantung
Kedudukan jantung di tengah-tengah dada.

-       الكبد (al-kabid) = liver = hati
Kedudukan hati lebih rendah daripada jantung dan atas sedikit daripada perut.




Persoalannya sekarang di manakah arah tangan kita apabila kita ucap, 

“YOU ARE IN MY HEART”?

2)   IlustrasiCinta


Jika dilihat dari segi bentuk ‘cinta’ ini, ia menyerupai kepada jantung dan amatlah jauh sekali seperti hati.

3)   Terjemahan Bahasa

-       Pertama sekali kita perlu memahami terjemahan bahasa Arab untuk jantung dan hati iaitu, القلب (al-qalb) dan الكبد (al-kabid). Perubahan pada huruf qaf (قلب) kepada huruf kaf (كلب) boleh berubah daripada makna jantung kepada anjing. Jadi kita perlu memperbetul bahasa Melayu bukan “awak dalam kalbuku” tetapi “awak dalam qalbuku”.

-       Dalam kamus rujukan bahasa Arab, pengarang Ibnu Manzur menyatakan, al-Qalb :segumpal daging dari fuad (jantung) yang tergantung dengan urat besar tempat ia bergantung. Ini dirakamkan pada tahun 711H.

-       Dengan teknologi perubatan moden, dalam kamus Arab moden mentakrifkan lebih terperinci. Al-Qalb : organ berotot dalaman yang menerima darah daripada salur darah dan mengepam ke arteri.

-       Jika diterjemahkan dalam Kamus Dewan Bahasa, jantung bermaksud organ berotot yang mengepam darah keseluruh tubuh badan. Ianya sama seperti dalam kamus moden Arab.

-       Penyakit jantung jika diterjemahkan kepada bahasa Inggeris bermaksud ‘heart attack’. Sekiranya ‘heart attack’ diterjemahkan kepada bahasa Melayu yang menggunakan ‘heart’sebagai ‘hati’, maka penyakit jantung akan berubah menjadi penyakit hati.


4)   Bahasa Tangan


Apabila kita berkata, “Kita perlu menjaga hati ini”, di manakah arah tangan kita ditujukan ? Pastinya di dada.Bukankah hati itu berada dekat dengan perut? Kenapa kita tidak tujukan ke situ?

“Dan jadikanlah kamu semua hamba Allah yang bersaudara.Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Jangan menzaliminya, jangan meninggalkannya tanpa pertolongan dan jangan merendah-rendahkan dirinya.Taqwa itu adalah di sini. (Abu Hurairah berkata) Rasulullah menunjukkan tangannya kedadanya sebanyak tiga kali.”

[Hadis di riwayatkan oleh Muslim]

“Dan dalam setiap tubuh manusia ada seketul daging.Sekiranya ia baik, baik keseluruhan tubuhnya. Dan sekiranya ia rosak, rosak keseluruhan tubuhnya. Ketahuilah bahawa ia adalah al-Qalb.”

[Hadis diriwayatkan oleh Bukhari]

·         Hati Nurani
Apabila hati bersih dan elok daripada sifat-sifat yang tercela seperti riak, sombong, ujub, mengumpat, mengadu domba dan sebagainya.Maka baiklah hubungan hatinya dengan Allah SWT, rasul-Nya dan sesame manusia.Pastikan baik akhlak dan tingkah lakunya dan akan baik juga kehidupannya dengan masyarakat sekeliling

·         Jantung
Manusia yang mengalami sakit jantung, pesakit akan merasakan seluruh tubuhnya terseksa. Bahkan, sekiranya jantung telah rosak dan tidak berfungsi lagi, pesakit akan mati. Jantung hanya dapat dipindahkan daripada seseorang yang baru meninggal dunia kepada orang yang masih hidup.Sekiranya jantung sihat, kita boleh melakukan banyak perkara tanpa kesukaran.Kesukaran yang berlaku kepada pesakit jantung tidak sama dengan kesukaran pesakit hati sehingga ia digelar ‘Pembunuh Nombor 1 Negara’.

(Hati manusia boleh dipindahkan daripada seorang manusia yang hidup kepada manusia yang hidup yang lain.)



Ikut kata hati kecilmu,
moga bermanfaat,
waallahu'lam.
diadaptasi dari sebuah buku karangan Apa Erti Cinta (Syihabudin Ahmad)

Jumaat, 8 November 2013

Apabila Hati Berbicara,

Alhamdulilah,

Selesai sudah segala tugasan,
Moga Allah redha dengan setiap yang dilakukan dan mendapat balasan yang sebaiknya,
Dipertengahan semester 3 tahun 2 ini banyak yang dipelajari,
Disaat ini buku mula berbicara meminta untuk kembali membeleknya,^_^
Bukan ditinggalkan sepenuhnya,

Bermula dengan Pesta Konvokesyen ke 3 yang bermula dari bulan 7 yang lalu diteruskan dengan Program Lawatan Sambil Belajar ke Selangor bagi Sustainable Science 2,diikuti dengan Lawatan Muhibah Pelajar Program Persediaan Keusahawanan Sains UMK di Kolej MARA Kulim.

Mencuba memberikan yang terbaik,
Dan disaat ini meneruskan kehidupan seperti biasa,
Tiada lagi program yang ditanda dalam kalendar kecuali Earth Hour dan Sukan Kampus Jeli yang akan diadakan pada sem depan.

Apabila hati berbicara mengapa engkau begini dan begitu diri hanya mampu mengikut dan tidak bertanya kembali,Biarkan saja moga ini yang terbaik,

kadang-kadang,
bila tengok seseorang macam ada yang tak kena.
entah dia sedang berduka.
entah diamnya kenapa.
entah tawa dan senyumnya seperti dipaksa.

tulisan-tulisannya,
semuanya seolah sedang ingin memberitahu sesuatu..
kata-katanya,
seolah-olah punya maksud yang lain..

jujur, kita sangat ingin tahu.
dia kenapa?
hatinya kenapa?
dia baik-baik kah?

tapi,
ada sesuatu yang menghalang.
ada tembok yang memisahkan.

entah dia yang takkan bicara.
atau kita yang takkan mampu bertanya.

kadang-kadang,
kita bimbang,
jika pertanyaan kita cuma menyulitkan keadaannya.
jika keprihatinan kita cuma membuat dia bertambah susah.
dan jika kita sebenarnya tak mampu berbuat apa-apa.

tak apalah.
aku tahu kamu mampu.
aku tahu kamu kuat.
dan aku tahu,
dengan memiliki dan menyakini Allah,
kamu akan kuat.

dari kejauhan,
moga baik-baik sahaja.
aku mengharap dan mendoakan..


kata-kata dari seorang sahabat,
:)

Waallahu'lam,
Salam kebahagian,
Jaga diri,
Jaga iman,
Jaga akhlak,









Jumaat, 1 November 2013

Salahnya Seorang Pendakwah....

الرَّحِيمِ الرَّحْمنِ اللهِ بِسْم

SALAHNYA SEORANG PENDAKWAH.




Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka.(Tetapi) diantara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (Surah Ali Imran : ayat 110)

Berdasarkan ayat di atas, Allah telah menggambarkan dalam al Quran bahawa kita ini iaitu umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat yang terbaik.Hal ini disebabkan kita melakukan pekerjaan ataupun kita menyambung tugas Nabi kita mengajak ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.Hal ini berbeza dengan umat-umat yang terdahulu, pada zaman Nabi-nabi yang terdahulu kerana mereka tidak menyambung usaha Nabi-nabi mereka menyebarkan agama mereka ataupun berdakwah.

Pengertian dakwah dari segi bahasa ialah berasal dari kata Arab seperti da’a, yad’u, da’watan yang membawa maksud menyeru, memanggil, mengajak, menjamu, memandu dan menjemput.

Manakala maksud dakwah dari segi istilah pula ialah mendorong manusia agar berbuat kebajikan dan petunjuk.Mengajak umat manusia dengan hikmah dan kebijaksanaan untuk mengikuti petunjuk Allah dan Rasul-Nya juga merupakan dakwah.

Maka pendakwah pula bermaksud orang yang menyampaikan atau orang yang mengajak berbuat kebajikan dan menegah perkara-perkara yang buruk dan keji.

Entry kali ini, insyaAllah saya ingin mengupas sedikit isu berkenaan Salahnya Seorang Pendakwah. Saya memilih untuk menulis tajuk ini kerana ramai antara kita yang suka menunding jari kepada orang lain apabila berlakunya sesuatu kesalahan. Masyarakat sekarang lebih suka mengambil pendakwah-pendakwah sebagai contoh dan juga sebagai comparison atau perbandingan.Jadi apabila ada sesuatu yang tidak kena, maka pendakwah dipersalahkan.
 Oleh itu sebagai orang yang sedang berusaha membawa imej agama atau sebagai seorang da’ie, kita perlu menyemak kembali atau muhasabah diri dan memperbaiki kelemahan diri kita supaya kita mampu menjadi contoh yang terbaik dalam kalangan masyarakat termasuk mereka yang bukan muslim juga.

1.    Menepati masa

Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah al Asr : ayat 1-3)

Rasanya hampir setiap daripada kita hafal surah ini dan juga mengetahui maksudnya. Jika kita selalu berada dalam majlis ilmu, seringkali kita dengar dipenghujung majlis pengerusi majlis akan menutup majlis dengan tasbih kaffarah dan surah al asr.

Sememangnya kita perlu meneliti maksud surah ini kerana dengan jelas Allah telah berfirman bahawasanya manusia ini sentiasa berada ada dalam kerugian.Walaupun kita selalu membacanya, namun sejauh manakah kita menghayati maksudnya?Kita tahu bahawa manusia sentiasa dalam kerugian masa kerana masa tidak mungkin dapat diputar kembali ke masa lepas.Namun kita masih lagi tidak menepati waktu.Seringkali kita yang melayu dikaitkan dengan “janji melayu” dimana sebagai contoh berjanji untuk bertemu pada pukul 3 tetapi kita datang pada pukul 3.30.

Untuk menjadi contoh yang terbaik, maka kita perlu mencontohi yang terbaik iaitu baginda Nabi Muhammad SAW. Baginda seorang yang sangat menepati waktu, dan kita perlu menjadi seperti itu supaya orang lain terutamanya mereka yang bukan beragama Islam tidak memandang rendah dan memandang remeh terhadap kita.

2.    Penampilan


Sahabat Rasulullah SAW, Jabir r.a telah meriwayatkan, "Suatu ketika pada malam bulan mengambang, saya sedang melihat kepada wajah Rasulullah SAW. Pada ketika itu baginda memakai sepasang pakaian merah.Seketika saya memandang kepada bulan dan seketika saya memandang kepada Rasulullah, akhirnya saya membuat keputusan bahawa Rasulullah SAW terlebih tampan, menawan dan bercahaya daripada bulan."

Seperti yang diketahui umum, bahawa Nabi kita Nabi Muhammad SAW merupakan seorang yang sangat kacak, kemas orangnya, sentiasa wangi, mementingkan kebersihan dan lain-lain lagi. Tetapi lain pula yang terjadi kepada kita khususnya pendakwah yang membawa imej agama. Kebanyakan daripada kita yang hanya menyimpan janggut tetapi tidak kemas, berpakaian putih tetapi ada kesan kotoran dan lain-lain lagi bagi lelaki, manakala perempuan pula berpakaian selekeh atau tidak kemas, apabila berpakaian gelap tetapi kelihatan habuk-habuk melekat di baju atau ditudung.

Yusof Islam pernah berkata “Dia bernasib baik mengenal agama Islam dahulu sebelum mengenal bagaimana umat Islam itu sendiri”.Umat Islam kita sekarang banyak dipengaruhi dengan cara hidup barat dan trend hidup yang kadang kala jauh dengan jaran Islam yang sebenar.Pengaruh perkembangan teknologi amat ketara dalam kehidupan kita pada masa sekarang.

3.    Akhlak

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. (Surah al Qalam : ayat 4)

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah. (Surah al Ahzab : ayat 21)


Ustaz Kazim Elias (UKE) pernah berkata dalam ceramahnya. Jika hendak mencari seorang suami pilihlah seseorang yang pandai dalam agama dan juga cantik akhlaknya.Hal ini kerana seringkali kita mendengar berita seseorang yang bergelar ustaz tapi masih lagi melakukan kesalahan memukul isterinya. Di sini jelas apabila seseorang itu pandai dalam bab agama belum tentu lagi dia mempunyai akhlak yang mulia. Hal ini mungkin kerana dia tidak mengamalkan ilmu yang telah dipelajarinya.

Dalam perjuangan dakwah ini, kadang-kadang kita perlu melayan karenah orang ramai.Apabila orang bertanya kita perlu menjawab dengan baik.Apabila orang tidak mengetahui, kita perlu menjelaskan bukan ketawakan. Layanan yang istimewa perlu diberikan kepada mereka yang bukan Islam supaya mereka akan tertarik untuk mendekati agama Islam dan semoga mereka mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam.

4.    Berusaha

…Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri… (Surah ar Ra’d : ayat 11)

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Surah Muhammad : ayat 7)

Mungkin kita patut lihat kepada skop pelajar kali ini.Saya suka menyatakan bahawa kebanyakan orang yang membawa imej agama mereka sedikit ketinggalan dalam akademik.Bukan hendak menyalahkan mereka, tetapi ada sesuatu yang perlu kita ambil iktibar di sini.Sepatutnya kita tidak boleh berat sebelah, tidak boleh terlalu berat ke arah akademik dan tidak juga ke arah dakwah.Hal ini kerana kita perlu tahu keutamaan kita dan tugas kita yang utama sebagai seorang pelajar iaitu menuntut ilmu dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Lebih baik seseorang itu seimbang kedua-duanya kerana orang seperti inilah yang disanjungi oleh orang ramai.Namun orang yang sebegini sukar untuk dicari.Oleh itu menjadi tanggungjawab kita untuk menjadi seseorang yang celik akalnya seperti yang disebut dalam al Quran Ulul al Bab, yang bijak dalam bidang akademik dan juga dalam bidang dakwah.Cuba kita kembali ke zaman kegemilangan Islam, ramai cendekiawan Islam yang hebat-hebat dilahirkan.Mereka hebat dalam ilmu sains, matematik, perubatan, astronomi dan lain-lain tetapi mereka juga hebat dalam bidang agama.

Contohnya seperti Abu Mansyur al-Maturiddi, Muhammad Ibnu Musa al-Khawarizmi,Abu Ali Al-Husein Ibnu Sina, Al Batani, Ibnu Khaldun, Ibnu Battuta dan ramai lagi.

5.    Adil

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil.Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil.Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah al Maidah : ayat 8)

Menjadi seseorang yang adil, kadang-kala sememangnya sukar.Tambah pula jika kita perlu mengadili seseorang yang kita sangat kenal atau orang yang kita sayang. Sebab itulah Allah berjanji akan memberi naungan arasy-Nya di padang mahsyar kelak kepada pemimpin yang adil. Jika kita lihat sekarang ini, mereka yang mempunyai pengetahuan berkenaan agama juga mementingkan diri mereka dan juga kaum kerabat mereka.Jika hal ini berpanjangan, sudah pasti sifat hormat orang ramai terhadap mereka yang semakin berkurangan.Oleh itu, kita perlulah bersikap adil.Orang yang layak memerintah diberikan kuasa, maka orang yang melakukan kesalahan dihukum setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.


Kesimpulannya, kita sebagai manusia biasa yang tidak mungkin dapat lari daripada melakukan kesalahan mestilah sentiasa bermuhasabah diri.Kita perlu lihat ke cermin untuk mengenalpasti kelebihan serta kelemahan kita dan mengukur baju di badan sendiri supaya kita tahu kemampuan diri kita.Setiap hari kita perlu membaiki diri ini supaya menjadi insan yang lebih baik daripada hari semalam. Sering kali kita dengar atau baca ,barang sesiapa hari ini lebih baik daripada semalam dia orang yang beruntung, sesiapa hari ini sama seperti semalam maka dia orang yang rugi dan sesiapa hari ini lebih teruk daripada semalam dia seorang yang celaka.



Peringatan bersama,
Perkongsian bersama,
Salam Jumaat,
Waallahu'lam,