Selasa, 18 November 2014

Hanya Untuk Hari Ini


Assalamualaikum

Alhamdulillah..


Hidup kita ibarat membaca lembaran-lembaran daripada sebuah buku yang sangat tebal. 
 Jangan gerun melihat ketebalan buku itu, bacanya satu persatu memahami setiap bait kata dalam buku itu. Pengakhirannya, bukan sahaja habis buku yang kita baca itu, ilmu juga dapat. Dari mana kita dapat ketenangan membaca buku itu? Mungkin itu berkait rapat dengan kisah hidup kita. 

Hidup adalah satu pusingan yang tidak henti-henti. Hukum alam menetapkan bahawa setiap perbuatan kita ada balasannya bukan di sini akan ada di sana. Ibarat air sungai yang mengalir, kita tidak akan berpijak pada air yang sama dua kali. Air sungai itu silih berganti dan mengalir begitulah juga kehidupan kita yang berubah. Dulu hanya seorang yang biasa sehingga menjadi orang yang berpengaruh. 

Kita hidup dengan tidak tahu bagaimana masa depan kita. Seperti yang kita inginkan atau tidak? . 'Masa lalu adalah kelmarin yang telah mati. Masa depan adalah esok yang belum lahir tetapi selamatkanlah hari ini yang masih hidup'. Sekuat mana kita pada pandangan yang lain. Hanya Allah yang memahami hati kita bagaimana.




''Sesiapa sahaja boleh membuat kerjanya, walau bagaimana berat pun untuk satu hari. Sesiapa sahaja boleh hidup dengan riang, penuh kesabaran, kasih sayang, dan bersih, sehingga matahari jatuh. Dan inilah sebenarnya makna kehidupan''
-Pakar Psikologi, Robert Louis Stevenson-

Cuba menjadi yang terbaik untuk setiap yang hadir dalam hidup, mungkin dia atau mereka tidak mengerti dan faham apa yang kita lakukan sekurang-kurang kita dapat melihat dia gembira dengan kehidupannya. Jangan sampai saat kehilangan baru mengerti sebuah penghargaan. 
Buatlah kebaikan yang akan terus hidup setelah kita tiada agar perginya kita meninggalkan nama yang baik. 


-Dimana Dia Dihatiku-
-Ustaz Pahrol Mohd Juoi-


-Tinta Seorang Pencari-
-Kerana Cinta Itu Benar-