Rabu, 13 November 2013

القلب (al-qalb) dan الكبد (al-kabid)

 الرَّحِيمِ الرَّحْمنِ اللهِ بِسْم

JANTUNG VS HATI


Entry kali ini jom kita belajar tentang jantung dan hati.Haa,macam blog seorang doktor pulak :).Ramai antara kita terkadang keliru di antara jantung dan hati.Sebagai contohnya,

“Cinta itu tempatnya di hati, sekiranya dia kecewa hatinya menangis.Sekiranya dia gembira, hatinya ketawa.”

”Seandainya waktu, Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu, Akan kubiarkan mati hatiku selamanya, Sehingga kau datang membangunk anaku.”

“Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya ,Terkunci kerna selalu terluka , Ku ingin menjadi penutupnya.”

Dan banyak lagi contoh-contoh yang lain. Kalau bab ayat-ayat jiwang semua orang pandai kot. ;)

InsyaAllah kita akan huraikan perbezaan jantung dengan hati dalam beberapa aspek :

1.   Kedudukan
2.   Ilustrasi cinta
3.   Terjemahan bahasa
4.   Isyarat tangan

1)   Kedudukan


-       القلب (al-qalb) = heart = jantung
Kedudukan jantung di tengah-tengah dada.

-       الكبد (al-kabid) = liver = hati
Kedudukan hati lebih rendah daripada jantung dan atas sedikit daripada perut.




Persoalannya sekarang di manakah arah tangan kita apabila kita ucap, 

“YOU ARE IN MY HEART”?

2)   IlustrasiCinta


Jika dilihat dari segi bentuk ‘cinta’ ini, ia menyerupai kepada jantung dan amatlah jauh sekali seperti hati.

3)   Terjemahan Bahasa

-       Pertama sekali kita perlu memahami terjemahan bahasa Arab untuk jantung dan hati iaitu, القلب (al-qalb) dan الكبد (al-kabid). Perubahan pada huruf qaf (قلب) kepada huruf kaf (كلب) boleh berubah daripada makna jantung kepada anjing. Jadi kita perlu memperbetul bahasa Melayu bukan “awak dalam kalbuku” tetapi “awak dalam qalbuku”.

-       Dalam kamus rujukan bahasa Arab, pengarang Ibnu Manzur menyatakan, al-Qalb :segumpal daging dari fuad (jantung) yang tergantung dengan urat besar tempat ia bergantung. Ini dirakamkan pada tahun 711H.

-       Dengan teknologi perubatan moden, dalam kamus Arab moden mentakrifkan lebih terperinci. Al-Qalb : organ berotot dalaman yang menerima darah daripada salur darah dan mengepam ke arteri.

-       Jika diterjemahkan dalam Kamus Dewan Bahasa, jantung bermaksud organ berotot yang mengepam darah keseluruh tubuh badan. Ianya sama seperti dalam kamus moden Arab.

-       Penyakit jantung jika diterjemahkan kepada bahasa Inggeris bermaksud ‘heart attack’. Sekiranya ‘heart attack’ diterjemahkan kepada bahasa Melayu yang menggunakan ‘heart’sebagai ‘hati’, maka penyakit jantung akan berubah menjadi penyakit hati.


4)   Bahasa Tangan


Apabila kita berkata, “Kita perlu menjaga hati ini”, di manakah arah tangan kita ditujukan ? Pastinya di dada.Bukankah hati itu berada dekat dengan perut? Kenapa kita tidak tujukan ke situ?

“Dan jadikanlah kamu semua hamba Allah yang bersaudara.Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Jangan menzaliminya, jangan meninggalkannya tanpa pertolongan dan jangan merendah-rendahkan dirinya.Taqwa itu adalah di sini. (Abu Hurairah berkata) Rasulullah menunjukkan tangannya kedadanya sebanyak tiga kali.”

[Hadis di riwayatkan oleh Muslim]

“Dan dalam setiap tubuh manusia ada seketul daging.Sekiranya ia baik, baik keseluruhan tubuhnya. Dan sekiranya ia rosak, rosak keseluruhan tubuhnya. Ketahuilah bahawa ia adalah al-Qalb.”

[Hadis diriwayatkan oleh Bukhari]

·         Hati Nurani
Apabila hati bersih dan elok daripada sifat-sifat yang tercela seperti riak, sombong, ujub, mengumpat, mengadu domba dan sebagainya.Maka baiklah hubungan hatinya dengan Allah SWT, rasul-Nya dan sesame manusia.Pastikan baik akhlak dan tingkah lakunya dan akan baik juga kehidupannya dengan masyarakat sekeliling

·         Jantung
Manusia yang mengalami sakit jantung, pesakit akan merasakan seluruh tubuhnya terseksa. Bahkan, sekiranya jantung telah rosak dan tidak berfungsi lagi, pesakit akan mati. Jantung hanya dapat dipindahkan daripada seseorang yang baru meninggal dunia kepada orang yang masih hidup.Sekiranya jantung sihat, kita boleh melakukan banyak perkara tanpa kesukaran.Kesukaran yang berlaku kepada pesakit jantung tidak sama dengan kesukaran pesakit hati sehingga ia digelar ‘Pembunuh Nombor 1 Negara’.

(Hati manusia boleh dipindahkan daripada seorang manusia yang hidup kepada manusia yang hidup yang lain.)



Ikut kata hati kecilmu,
moga bermanfaat,
waallahu'lam.
diadaptasi dari sebuah buku karangan Apa Erti Cinta (Syihabudin Ahmad)

Jumaat, 8 November 2013

Apabila Hati Berbicara,

Alhamdulilah,

Selesai sudah segala tugasan,
Moga Allah redha dengan setiap yang dilakukan dan mendapat balasan yang sebaiknya,
Dipertengahan semester 3 tahun 2 ini banyak yang dipelajari,
Disaat ini buku mula berbicara meminta untuk kembali membeleknya,^_^
Bukan ditinggalkan sepenuhnya,

Bermula dengan Pesta Konvokesyen ke 3 yang bermula dari bulan 7 yang lalu diteruskan dengan Program Lawatan Sambil Belajar ke Selangor bagi Sustainable Science 2,diikuti dengan Lawatan Muhibah Pelajar Program Persediaan Keusahawanan Sains UMK di Kolej MARA Kulim.

Mencuba memberikan yang terbaik,
Dan disaat ini meneruskan kehidupan seperti biasa,
Tiada lagi program yang ditanda dalam kalendar kecuali Earth Hour dan Sukan Kampus Jeli yang akan diadakan pada sem depan.

Apabila hati berbicara mengapa engkau begini dan begitu diri hanya mampu mengikut dan tidak bertanya kembali,Biarkan saja moga ini yang terbaik,

kadang-kadang,
bila tengok seseorang macam ada yang tak kena.
entah dia sedang berduka.
entah diamnya kenapa.
entah tawa dan senyumnya seperti dipaksa.

tulisan-tulisannya,
semuanya seolah sedang ingin memberitahu sesuatu..
kata-katanya,
seolah-olah punya maksud yang lain..

jujur, kita sangat ingin tahu.
dia kenapa?
hatinya kenapa?
dia baik-baik kah?

tapi,
ada sesuatu yang menghalang.
ada tembok yang memisahkan.

entah dia yang takkan bicara.
atau kita yang takkan mampu bertanya.

kadang-kadang,
kita bimbang,
jika pertanyaan kita cuma menyulitkan keadaannya.
jika keprihatinan kita cuma membuat dia bertambah susah.
dan jika kita sebenarnya tak mampu berbuat apa-apa.

tak apalah.
aku tahu kamu mampu.
aku tahu kamu kuat.
dan aku tahu,
dengan memiliki dan menyakini Allah,
kamu akan kuat.

dari kejauhan,
moga baik-baik sahaja.
aku mengharap dan mendoakan..


kata-kata dari seorang sahabat,
:)

Waallahu'lam,
Salam kebahagian,
Jaga diri,
Jaga iman,
Jaga akhlak,









Jumaat, 1 November 2013

Salahnya Seorang Pendakwah....

الرَّحِيمِ الرَّحْمنِ اللهِ بِسْم

SALAHNYA SEORANG PENDAKWAH.




Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka.(Tetapi) diantara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (Surah Ali Imran : ayat 110)

Berdasarkan ayat di atas, Allah telah menggambarkan dalam al Quran bahawa kita ini iaitu umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat yang terbaik.Hal ini disebabkan kita melakukan pekerjaan ataupun kita menyambung tugas Nabi kita mengajak ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.Hal ini berbeza dengan umat-umat yang terdahulu, pada zaman Nabi-nabi yang terdahulu kerana mereka tidak menyambung usaha Nabi-nabi mereka menyebarkan agama mereka ataupun berdakwah.

Pengertian dakwah dari segi bahasa ialah berasal dari kata Arab seperti da’a, yad’u, da’watan yang membawa maksud menyeru, memanggil, mengajak, menjamu, memandu dan menjemput.

Manakala maksud dakwah dari segi istilah pula ialah mendorong manusia agar berbuat kebajikan dan petunjuk.Mengajak umat manusia dengan hikmah dan kebijaksanaan untuk mengikuti petunjuk Allah dan Rasul-Nya juga merupakan dakwah.

Maka pendakwah pula bermaksud orang yang menyampaikan atau orang yang mengajak berbuat kebajikan dan menegah perkara-perkara yang buruk dan keji.

Entry kali ini, insyaAllah saya ingin mengupas sedikit isu berkenaan Salahnya Seorang Pendakwah. Saya memilih untuk menulis tajuk ini kerana ramai antara kita yang suka menunding jari kepada orang lain apabila berlakunya sesuatu kesalahan. Masyarakat sekarang lebih suka mengambil pendakwah-pendakwah sebagai contoh dan juga sebagai comparison atau perbandingan.Jadi apabila ada sesuatu yang tidak kena, maka pendakwah dipersalahkan.
 Oleh itu sebagai orang yang sedang berusaha membawa imej agama atau sebagai seorang da’ie, kita perlu menyemak kembali atau muhasabah diri dan memperbaiki kelemahan diri kita supaya kita mampu menjadi contoh yang terbaik dalam kalangan masyarakat termasuk mereka yang bukan muslim juga.

1.    Menepati masa

Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah al Asr : ayat 1-3)

Rasanya hampir setiap daripada kita hafal surah ini dan juga mengetahui maksudnya. Jika kita selalu berada dalam majlis ilmu, seringkali kita dengar dipenghujung majlis pengerusi majlis akan menutup majlis dengan tasbih kaffarah dan surah al asr.

Sememangnya kita perlu meneliti maksud surah ini kerana dengan jelas Allah telah berfirman bahawasanya manusia ini sentiasa berada ada dalam kerugian.Walaupun kita selalu membacanya, namun sejauh manakah kita menghayati maksudnya?Kita tahu bahawa manusia sentiasa dalam kerugian masa kerana masa tidak mungkin dapat diputar kembali ke masa lepas.Namun kita masih lagi tidak menepati waktu.Seringkali kita yang melayu dikaitkan dengan “janji melayu” dimana sebagai contoh berjanji untuk bertemu pada pukul 3 tetapi kita datang pada pukul 3.30.

Untuk menjadi contoh yang terbaik, maka kita perlu mencontohi yang terbaik iaitu baginda Nabi Muhammad SAW. Baginda seorang yang sangat menepati waktu, dan kita perlu menjadi seperti itu supaya orang lain terutamanya mereka yang bukan beragama Islam tidak memandang rendah dan memandang remeh terhadap kita.

2.    Penampilan


Sahabat Rasulullah SAW, Jabir r.a telah meriwayatkan, "Suatu ketika pada malam bulan mengambang, saya sedang melihat kepada wajah Rasulullah SAW. Pada ketika itu baginda memakai sepasang pakaian merah.Seketika saya memandang kepada bulan dan seketika saya memandang kepada Rasulullah, akhirnya saya membuat keputusan bahawa Rasulullah SAW terlebih tampan, menawan dan bercahaya daripada bulan."

Seperti yang diketahui umum, bahawa Nabi kita Nabi Muhammad SAW merupakan seorang yang sangat kacak, kemas orangnya, sentiasa wangi, mementingkan kebersihan dan lain-lain lagi. Tetapi lain pula yang terjadi kepada kita khususnya pendakwah yang membawa imej agama. Kebanyakan daripada kita yang hanya menyimpan janggut tetapi tidak kemas, berpakaian putih tetapi ada kesan kotoran dan lain-lain lagi bagi lelaki, manakala perempuan pula berpakaian selekeh atau tidak kemas, apabila berpakaian gelap tetapi kelihatan habuk-habuk melekat di baju atau ditudung.

Yusof Islam pernah berkata “Dia bernasib baik mengenal agama Islam dahulu sebelum mengenal bagaimana umat Islam itu sendiri”.Umat Islam kita sekarang banyak dipengaruhi dengan cara hidup barat dan trend hidup yang kadang kala jauh dengan jaran Islam yang sebenar.Pengaruh perkembangan teknologi amat ketara dalam kehidupan kita pada masa sekarang.

3.    Akhlak

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. (Surah al Qalam : ayat 4)

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah. (Surah al Ahzab : ayat 21)


Ustaz Kazim Elias (UKE) pernah berkata dalam ceramahnya. Jika hendak mencari seorang suami pilihlah seseorang yang pandai dalam agama dan juga cantik akhlaknya.Hal ini kerana seringkali kita mendengar berita seseorang yang bergelar ustaz tapi masih lagi melakukan kesalahan memukul isterinya. Di sini jelas apabila seseorang itu pandai dalam bab agama belum tentu lagi dia mempunyai akhlak yang mulia. Hal ini mungkin kerana dia tidak mengamalkan ilmu yang telah dipelajarinya.

Dalam perjuangan dakwah ini, kadang-kadang kita perlu melayan karenah orang ramai.Apabila orang bertanya kita perlu menjawab dengan baik.Apabila orang tidak mengetahui, kita perlu menjelaskan bukan ketawakan. Layanan yang istimewa perlu diberikan kepada mereka yang bukan Islam supaya mereka akan tertarik untuk mendekati agama Islam dan semoga mereka mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam.

4.    Berusaha

…Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri… (Surah ar Ra’d : ayat 11)

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Surah Muhammad : ayat 7)

Mungkin kita patut lihat kepada skop pelajar kali ini.Saya suka menyatakan bahawa kebanyakan orang yang membawa imej agama mereka sedikit ketinggalan dalam akademik.Bukan hendak menyalahkan mereka, tetapi ada sesuatu yang perlu kita ambil iktibar di sini.Sepatutnya kita tidak boleh berat sebelah, tidak boleh terlalu berat ke arah akademik dan tidak juga ke arah dakwah.Hal ini kerana kita perlu tahu keutamaan kita dan tugas kita yang utama sebagai seorang pelajar iaitu menuntut ilmu dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Lebih baik seseorang itu seimbang kedua-duanya kerana orang seperti inilah yang disanjungi oleh orang ramai.Namun orang yang sebegini sukar untuk dicari.Oleh itu menjadi tanggungjawab kita untuk menjadi seseorang yang celik akalnya seperti yang disebut dalam al Quran Ulul al Bab, yang bijak dalam bidang akademik dan juga dalam bidang dakwah.Cuba kita kembali ke zaman kegemilangan Islam, ramai cendekiawan Islam yang hebat-hebat dilahirkan.Mereka hebat dalam ilmu sains, matematik, perubatan, astronomi dan lain-lain tetapi mereka juga hebat dalam bidang agama.

Contohnya seperti Abu Mansyur al-Maturiddi, Muhammad Ibnu Musa al-Khawarizmi,Abu Ali Al-Husein Ibnu Sina, Al Batani, Ibnu Khaldun, Ibnu Battuta dan ramai lagi.

5.    Adil

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil.Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil.Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah al Maidah : ayat 8)

Menjadi seseorang yang adil, kadang-kala sememangnya sukar.Tambah pula jika kita perlu mengadili seseorang yang kita sangat kenal atau orang yang kita sayang. Sebab itulah Allah berjanji akan memberi naungan arasy-Nya di padang mahsyar kelak kepada pemimpin yang adil. Jika kita lihat sekarang ini, mereka yang mempunyai pengetahuan berkenaan agama juga mementingkan diri mereka dan juga kaum kerabat mereka.Jika hal ini berpanjangan, sudah pasti sifat hormat orang ramai terhadap mereka yang semakin berkurangan.Oleh itu, kita perlulah bersikap adil.Orang yang layak memerintah diberikan kuasa, maka orang yang melakukan kesalahan dihukum setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.


Kesimpulannya, kita sebagai manusia biasa yang tidak mungkin dapat lari daripada melakukan kesalahan mestilah sentiasa bermuhasabah diri.Kita perlu lihat ke cermin untuk mengenalpasti kelebihan serta kelemahan kita dan mengukur baju di badan sendiri supaya kita tahu kemampuan diri kita.Setiap hari kita perlu membaiki diri ini supaya menjadi insan yang lebih baik daripada hari semalam. Sering kali kita dengar atau baca ,barang sesiapa hari ini lebih baik daripada semalam dia orang yang beruntung, sesiapa hari ini sama seperti semalam maka dia orang yang rugi dan sesiapa hari ini lebih teruk daripada semalam dia seorang yang celaka.



Peringatan bersama,
Perkongsian bersama,
Salam Jumaat,
Waallahu'lam,

Jumaat, 11 Oktober 2013

Masih Ada CINTA di Sini.

Masih Ada CINTA di Sini,

Sebarkan bahagia !

One love we share together !

Semua kata-kata di atas merujuk kepada satu CINTA,

Waah,kali ini kita bawakan topic CINTA,

Jangan salah faham ini bukan CINTA yang jiwang,

Jom baca,


KISAH 1.

Sebuah kisah yang berkait rapat dengan saudara mara kita di sana.Di mana? Di mana mereka sangat menanti sebuah ketenangan dan sering menanti DOA kita untuk mereka.Mereka itu saudara mara kita di Syria, Mesir, Palestin, Afganisthan.Bagaimana mereka menerima utusan dari kita di sini?..Ingin sahaja ku khabarkan masih ada CINTA yang mekar di sini.Dalam lesu mereka masih tersenyum kerna mereka tahu Allah lebih menyayangi mereka.Mereka sering di uji.Sebaliknya kita yang sering di beri begitu banyak nikmat sehingga kita lalai.Khabarkan ya Allah masih ada CINTA dari kami untuk mereka.Kami hanya mampu berdoa.





KISAH 2.

One love we share together !

CINTA kepada sahabat-sahabat seperjuangan kita yang masih bersama kita.Kadang kita lupa dengan doa mereka kita berjaya,kita beroleh kesenangan.Dalam diam ada yang mendoakan kita.Pernah seorang pensyarah berkata : Kamu sebelum buat perkara yang buruk,fikir dahulu ada yang sayangi kamu walaupun dia tak pernah ucap.Yea,ada betul nya ^___^.Apabila kita bercakap tentang SAHABAT sering kita terbayang rakan-rakan kita yang bersama kita sejak dari kecil hingga sekarang.Salah faham itu biasa bukan?..tapi saling memahami itu yang utama.Ukhwah itu bawa kebahagian.

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)




Yang paling utama Cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.



Berpegang kepada janji yang kita akan setia dalam perjuangan ini,
Jaga CINTA yang Allah kurniakan kepada kita dengan sebaiknya,
Berikan pada yang terbaik,
Nescaya Allah akan pelihara kamu dengan sebaiknya,
waallahu'lam
sebarkan bahagia,
:)

Salam Jumaat,

Selasa, 17 September 2013

Second Year UMK / SEL 2..

Assalamualaikum :)

Hari ini genap 2 minggu menyambung pelajaran di semester 3 tahun 2 di Universiti Malaysia Kelantan,Kampus Jeli.Alhamdulilah,bersyukur kepada Allah swt kerana di beri peluang dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan di medan tarbiyah ini.Sepanjang 2 minggu nie banyak benda yang perlu di selesaikan.

Bermula dengan perjumpaan kos yang julung kalinya telah ditukarkan kepada SEL (Science Earth Lestari) dan pada masa yang sama kami bakal menubuhkan kelab yang diberi nama Sinergi Lestari yang bakal ditubuhkan in sha Allah dalam minggu ni.Program yang telah kami rancang ialah 'Earth Hour/Earth Week' merupakan program wajib yang perlu kami jalankan.Selain itu,kami telah diberi kepercayaan oleh pengarah kampus untuk mengendalikan program Community Engagement dimana program ini akan melibatkan pelajar tahun 4 dan 5 sekolah sekitar daerah Jeli,kami diberi tugaskan untuk mengajarkan pelajar ini tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan kempen menghijaukan bumi.Program ini juga mendapat tajaan sepenuhnya dari pihak universiti.

Sepanjang minggu ini juga,kami alumni Pelajar Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan(PPKS UMK) yang akan dikenali sebagai PPKS UMK LEGACY turut mengadakan perjumpaan bersama junior dan senior.Kami juga telah merancang beberapa aktiviti untuk dijalankan.Tanggujawab sebagai setiausaha kelab in sha Allah akan dijalankan dengan sebaiknya.

Tertarik dengan kata-kata seorang senior Kolej MARA Kulim,'tidak salah menolak jawatan kerana mengakui kelemahan diri sendiri,tapi silap tolak amanah kerana peluang yang Allah bagi itu untuk kita buat kebaikkan'.Kepercayaan yang diberikan jangan dikhianati bawa ia dengan sebaiknya,moga peluang yang Allah kurniakan melalui sahabat in sha Allah dapat dijaga dengan baik.




Teruskan perjuangan,
Teruskan berdoa supaya Allah bagi yang terbaik,
Teruskan berusaha untuk berubah,
^___^








Sabtu, 17 Ogos 2013

Cerita Sebuah Mimpi ^^



Assalamualaikum ,
Cerita sebuah mimpi mengisahkan Imam Ahmad dan sebuah mimpi tuan gurunya.Kisah ini berlaku ketika Imam Ahmad masih muda dan pada ketika itu juga ada seorang yang mengamalkan ajaran sesat mencabar para ulama yang ada untuk berdebat dengannya.Dia bertanyakan 3 soalan kepada semua ulama :


  • Sebelum Allah ada apa?..Selepas Allah ada apa?..
  • Kalau Allah wujud,Dia ada di mana?
  • Kalau Allah wujud,Dia buat apa sekarang?

Semua ulama yang berdebat dengannya ini kalah keran tidak dapat menjawab ketiga-tiga soalan tersebut dan akhirnya tok guru Imam Ahmad ini diajak berdebat selepas solat Jumaat.Tok guru Imam Ahmad berasa gusar dan pada malam itu beliau bermimpi,dalam mimpi tersebut dia tengok sebuah taman yang indah penuh dengan pokok-pokok ,kemudian mncul seekor babi memusnahkan pokok-pokok tersebut sehingga tinggal satu pohon sahaja.Kemudian muncul seekor kancil membunuh babi tersebut dan tinggallah sebatang pokok itu sahaja dalam taman tersebut.


Usai solat Subuh pada pagi Jumaat ,tok guru termenung berfikir tentang mimpinya semalam.Kemudian lalu Imam Ahmad nampak tok gurunya itu termenung .Imam Ahmad pergi mendapati tok gurunya dan tok gurunya menceritakan tentang mimpinya semalam kepada Imam Ahmad .Tok gurunya menyuruh Imam Ahmad mentafsir mimpinya semalam.

Imam Ahmad mentafsir mimpi tersebut.Pokok-pokok tersebut melambangkan ulama-ulama .Babi melambangkan orang yang membawa ajaran sesat tersebut.Pokok-pokok yang dirosakkan oleh babi tersebut samalah juga dengan ulama yang telah dikalahkan dan tinggal sebatang sahaja iaitu tok gurunya.Si kancil tersebut adalah diriku yang akan mengalahkan orang sesat tersebut itu nanti.

Imam Ahmad berkata :tak mengapa tuan guru,selepas solat Jumaat tok guru duduk diam biar dia berdebat dengan orang tersebut.Selepas solat Jumaat orang tersebut terus naik ke mimbar dan mengemukakan 3 soalan tersebut,lalu Imam Ahmad menyahut cabaran tersebut.


Orang tersebut gelakkan Imam Ahmad kerana ketika itu beliau masih muda.Kemudian,Imam Ahmad menjawab soalan yang pertama : Sebelum Allah ada apa?..selepas Allah ada apa?.. Imam Ahmad menjawab dengan bertanya soalan kepada orang tersebut.Imam Ahmad bertanya : Sebelum ibu jari mu ada apa?..Selepas anak jari mu ada apa?.. Orang itu tercengang kerana tidak dapat menjawab soalan tersebut.Imam Ahmad berkata kalau engkau tidak boleh menjawab maksudnya aku yang akan menang.

Soalan yang kedua : Imam Ahmad menjawab jawapan untuk soalan itu ada padamu.Orang tersebut terkejut lagi.Kenapa pula ada padanya?.Jadi Imam Ahmad bertanya dalam diri kau ada roh ,cuba engkau beritahu kepadaku dimanakah roh engkau,di hidung ke? di kepala atau dimana? Sama juga dengan soalan yang pertama .Orang tersebut tidak boleh menjawab .Jadi sekali lagi Imam Ahmad yang menang.

Soalan 3 :Imam Ahmad tidak mahu menjawab ,malah Imam Ahmad bertanya balik mengapa engkau tidak mahu menjawab soalan ku? Imam Ahmad berkata,kalau begini tidak adil kerana engkau yang bertanya berada di tempat tinggi,aku yang menjawab berada di bawah? Kemudian orang tersebut beralah ,dia turun dari mimbar dan Imam Ahmad naik ke atas mimbar .Kemudian Imam Ahmad pun menjawab ,kalau engkau nak tahu Tuhan aku buat apa? Sebentar tadi Dia baru sahaja turunkan yang bathil dan naikkan orang yang benar.

Orang itu pun terkejut dan mati di situ.Mimpi tok guru Imam Ahmad menjadi kenyataan.

*Gambar sekadar saringan dan terlintas kisah ini ketika melihat gambar tersebut,terus doakan saudara kita di sana*


Pengajaran :
  • Walaupun usia kita masih muda,kita perlu mencari ilmu.Mencari ilmu kerana ilmu Allah itu ada di mana-mana .
  • Sekuat mana pun kita,jika kita berada di jalan yang salah,membuat kemungkaran dengan nikmat yang Allah berikan .Pengakhirannya akan ada kebenaran yang akan terbuka.
  • Selalu berdoa,mohon yang terbaik dariNya.




Terima kasih kepada yang menceritakan kisah ini kepada ana,semoga sentiasa dalam rahmatNya,
Moga bermanfaat ,
Cerita sebuah mimpi,
Moga di pengakhirannya kita jumpa yang terbaik,
in sha Allah,


Sabtu, 3 Ogos 2013

Satu yang belum Makbul,

Assalamualaikum,




*******

"Hai,orang-orang yang beriman berzikirlah(dengan menyebut nama)Allah, zikir sebanyak-banyaknya."
(Al-Ahzab 33:41)

Kisah ini mengenai Imam Ahmad bin Hambal dengan kelebihan istighfar.

Pada suatu hari,Imam Ahmad ingin menghabiskan malamnya di masjid,tetapi penjaga masjid tidak membenarkannya(mungkin penjaga masjid tersebut tidak mengenali Imam Ahmad).Imam Ahmad tidak berputus asa dengan terus memujuk penjaga masjid tersebut,namun tidak berjaya.Akhirnya,Imam Ahmad berkata "aku akan tidur atas kakiku sendiri(yakni tidur dengan keadaan berdiri).Melihat keadaan itu berlaku,penjaga masjid tersebut menghalau Imam Ahmad keluar dari kawasan masjid.

Kelihatan wajahnya yang tenang dan nampak ciri-ciri seorang yang beriman.Dalam situasi tersebut,seorang pembuat roti yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya ,lantas membawa Imam Ahmad keluar dari situ dan mengajak Imam Ahmad untuk menetap bersamanya.Sepanjang Imam Ahmad berada bersama pembuat roti tersebut,Imam Ahmad dilayan dengan layanan yang cukup baik.

Si pembuat roti meninggalkan Imam Ahmad untuk berehat dan dia pergi menguli tepung untuk dibuat roti bagi perniagaannya esok.Imam Ahmad mendengar pembuat roti tersebut tidak henti-henti berzikir sepanjang malam.Ini membuatkan Imam Ahmad kagum dengannya.Keesokkan harinya,Imam Ahmad bertanyakan kepada si pembuat roti tersebut "Apa yang kamu dapat dari istighfar mu?" sungguhpun Imam Ahmad telah mengetahui tentang kelebihan istighfar.

Si pembuat roti menjawab,"Ya,demi Allah aku tidak berdoa dengan satu doa pun kecuali ia akan dimakbulkan Allah".Cuma satu lagi yang belum diperkenankan.Imam Ahmad bertanya,"Apakah doa itu?".
Pembuat roti berkata : "Aku sangat menginginkan bertemu dan melihat Imam Ahmad bin Hambal". Lantas Imam Ahmad menjawab,"Akulah Imam Ahmad bin Hambal,Demi Allah ! sesungguhnya aku telah dibawa oleh Allah kepadamu."

Menurut Ustaz Alias,zikir yang diamalkan oleh pembuat roti itu ialah "Subhanaallah".Sama-samalah kita untuk mengingati Allah dengan berzikir kepadaNya walau dengan apa cara sekalipun.In sha Allah.






Alhamdulilah,
:)