Sabtu, 17 Ogos 2013

Cerita Sebuah Mimpi ^^



Assalamualaikum ,
Cerita sebuah mimpi mengisahkan Imam Ahmad dan sebuah mimpi tuan gurunya.Kisah ini berlaku ketika Imam Ahmad masih muda dan pada ketika itu juga ada seorang yang mengamalkan ajaran sesat mencabar para ulama yang ada untuk berdebat dengannya.Dia bertanyakan 3 soalan kepada semua ulama :


  • Sebelum Allah ada apa?..Selepas Allah ada apa?..
  • Kalau Allah wujud,Dia ada di mana?
  • Kalau Allah wujud,Dia buat apa sekarang?

Semua ulama yang berdebat dengannya ini kalah keran tidak dapat menjawab ketiga-tiga soalan tersebut dan akhirnya tok guru Imam Ahmad ini diajak berdebat selepas solat Jumaat.Tok guru Imam Ahmad berasa gusar dan pada malam itu beliau bermimpi,dalam mimpi tersebut dia tengok sebuah taman yang indah penuh dengan pokok-pokok ,kemudian mncul seekor babi memusnahkan pokok-pokok tersebut sehingga tinggal satu pohon sahaja.Kemudian muncul seekor kancil membunuh babi tersebut dan tinggallah sebatang pokok itu sahaja dalam taman tersebut.


Usai solat Subuh pada pagi Jumaat ,tok guru termenung berfikir tentang mimpinya semalam.Kemudian lalu Imam Ahmad nampak tok gurunya itu termenung .Imam Ahmad pergi mendapati tok gurunya dan tok gurunya menceritakan tentang mimpinya semalam kepada Imam Ahmad .Tok gurunya menyuruh Imam Ahmad mentafsir mimpinya semalam.

Imam Ahmad mentafsir mimpi tersebut.Pokok-pokok tersebut melambangkan ulama-ulama .Babi melambangkan orang yang membawa ajaran sesat tersebut.Pokok-pokok yang dirosakkan oleh babi tersebut samalah juga dengan ulama yang telah dikalahkan dan tinggal sebatang sahaja iaitu tok gurunya.Si kancil tersebut adalah diriku yang akan mengalahkan orang sesat tersebut itu nanti.

Imam Ahmad berkata :tak mengapa tuan guru,selepas solat Jumaat tok guru duduk diam biar dia berdebat dengan orang tersebut.Selepas solat Jumaat orang tersebut terus naik ke mimbar dan mengemukakan 3 soalan tersebut,lalu Imam Ahmad menyahut cabaran tersebut.


Orang tersebut gelakkan Imam Ahmad kerana ketika itu beliau masih muda.Kemudian,Imam Ahmad menjawab soalan yang pertama : Sebelum Allah ada apa?..selepas Allah ada apa?.. Imam Ahmad menjawab dengan bertanya soalan kepada orang tersebut.Imam Ahmad bertanya : Sebelum ibu jari mu ada apa?..Selepas anak jari mu ada apa?.. Orang itu tercengang kerana tidak dapat menjawab soalan tersebut.Imam Ahmad berkata kalau engkau tidak boleh menjawab maksudnya aku yang akan menang.

Soalan yang kedua : Imam Ahmad menjawab jawapan untuk soalan itu ada padamu.Orang tersebut terkejut lagi.Kenapa pula ada padanya?.Jadi Imam Ahmad bertanya dalam diri kau ada roh ,cuba engkau beritahu kepadaku dimanakah roh engkau,di hidung ke? di kepala atau dimana? Sama juga dengan soalan yang pertama .Orang tersebut tidak boleh menjawab .Jadi sekali lagi Imam Ahmad yang menang.

Soalan 3 :Imam Ahmad tidak mahu menjawab ,malah Imam Ahmad bertanya balik mengapa engkau tidak mahu menjawab soalan ku? Imam Ahmad berkata,kalau begini tidak adil kerana engkau yang bertanya berada di tempat tinggi,aku yang menjawab berada di bawah? Kemudian orang tersebut beralah ,dia turun dari mimbar dan Imam Ahmad naik ke atas mimbar .Kemudian Imam Ahmad pun menjawab ,kalau engkau nak tahu Tuhan aku buat apa? Sebentar tadi Dia baru sahaja turunkan yang bathil dan naikkan orang yang benar.

Orang itu pun terkejut dan mati di situ.Mimpi tok guru Imam Ahmad menjadi kenyataan.

*Gambar sekadar saringan dan terlintas kisah ini ketika melihat gambar tersebut,terus doakan saudara kita di sana*


Pengajaran :
  • Walaupun usia kita masih muda,kita perlu mencari ilmu.Mencari ilmu kerana ilmu Allah itu ada di mana-mana .
  • Sekuat mana pun kita,jika kita berada di jalan yang salah,membuat kemungkaran dengan nikmat yang Allah berikan .Pengakhirannya akan ada kebenaran yang akan terbuka.
  • Selalu berdoa,mohon yang terbaik dariNya.




Terima kasih kepada yang menceritakan kisah ini kepada ana,semoga sentiasa dalam rahmatNya,
Moga bermanfaat ,
Cerita sebuah mimpi,
Moga di pengakhirannya kita jumpa yang terbaik,
in sha Allah,


Sabtu, 3 Ogos 2013

Satu yang belum Makbul,

Assalamualaikum,




*******

"Hai,orang-orang yang beriman berzikirlah(dengan menyebut nama)Allah, zikir sebanyak-banyaknya."
(Al-Ahzab 33:41)

Kisah ini mengenai Imam Ahmad bin Hambal dengan kelebihan istighfar.

Pada suatu hari,Imam Ahmad ingin menghabiskan malamnya di masjid,tetapi penjaga masjid tidak membenarkannya(mungkin penjaga masjid tersebut tidak mengenali Imam Ahmad).Imam Ahmad tidak berputus asa dengan terus memujuk penjaga masjid tersebut,namun tidak berjaya.Akhirnya,Imam Ahmad berkata "aku akan tidur atas kakiku sendiri(yakni tidur dengan keadaan berdiri).Melihat keadaan itu berlaku,penjaga masjid tersebut menghalau Imam Ahmad keluar dari kawasan masjid.

Kelihatan wajahnya yang tenang dan nampak ciri-ciri seorang yang beriman.Dalam situasi tersebut,seorang pembuat roti yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya ,lantas membawa Imam Ahmad keluar dari situ dan mengajak Imam Ahmad untuk menetap bersamanya.Sepanjang Imam Ahmad berada bersama pembuat roti tersebut,Imam Ahmad dilayan dengan layanan yang cukup baik.

Si pembuat roti meninggalkan Imam Ahmad untuk berehat dan dia pergi menguli tepung untuk dibuat roti bagi perniagaannya esok.Imam Ahmad mendengar pembuat roti tersebut tidak henti-henti berzikir sepanjang malam.Ini membuatkan Imam Ahmad kagum dengannya.Keesokkan harinya,Imam Ahmad bertanyakan kepada si pembuat roti tersebut "Apa yang kamu dapat dari istighfar mu?" sungguhpun Imam Ahmad telah mengetahui tentang kelebihan istighfar.

Si pembuat roti menjawab,"Ya,demi Allah aku tidak berdoa dengan satu doa pun kecuali ia akan dimakbulkan Allah".Cuma satu lagi yang belum diperkenankan.Imam Ahmad bertanya,"Apakah doa itu?".
Pembuat roti berkata : "Aku sangat menginginkan bertemu dan melihat Imam Ahmad bin Hambal". Lantas Imam Ahmad menjawab,"Akulah Imam Ahmad bin Hambal,Demi Allah ! sesungguhnya aku telah dibawa oleh Allah kepadamu."

Menurut Ustaz Alias,zikir yang diamalkan oleh pembuat roti itu ialah "Subhanaallah".Sama-samalah kita untuk mengingati Allah dengan berzikir kepadaNya walau dengan apa cara sekalipun.In sha Allah.






Alhamdulilah,
:)


Sabtu, 27 Julai 2013

Harapan kita ^-^


Assalamualaikum,
Salam 19 Ramadhan,




Tidak salah bukan untuk kita berharap,
Yang kita ada sekarang adalah harapan kita,
Tetapi tidak salah untuk kita mengharapkan yang lain,
Dan jangan tinggalkan yang telah ada,


Bersyukurlah wahai diri,
Kita akan mensyukuri nikmat sihat,ketika mana datangnya sakit,
Kita akan berterima kasih kepada Allah,
 Apabila kita memandang ada lagi insan yang lagi susah hidupnya dari kita,


Pandanglah dunia ini,
Agar kamu mengerti hidup ini ada seninya,ada jalannya tersendiri,
Allah swt memberikan kepada kita apa yang kita perlukan,
Jangan pernah bertanya,
Mengapa aku tidak sehebat dia?
Mengapa aku tidak diberi jawatan yang besar?


Apa kamu yakin bahawasanya kamu boleh menjaga amanah itu dengan baik?.
Bersangka baiklah,
Allah swt telah memberikan kita sebaik-baik jalan yang perlu ditempuhi,
Jika jatuh,ayuh ! bangun ,

Pandanglah ke bawah
agar sedar nikmat yang melimpah
Pandanglah ke atas
untuk insafi amal kita yang terbatas

Kadang Tuhan menyempitkan
agar tidak hanyut dalam kesenangan
Kadang Dia melapangkan
agar tidak selalu berada dalam kesempitan

kadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
agar kita tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya..

Kita milik Allah,
Pengakhirannya nanti semoga kita bertemu CintaNya,




Hasbunaallah wani'mal wakil,
in sha Allah,
fiamanillah,
semoga ada yang kesudahan yang terbaik,
:)


Jumaat, 19 Julai 2013

Sebuah Perjalanan :)

Assalamualaikum...
Salam 10 Ramadhan...



Hakikat sebuah perjalanan dalam kehidupan ini tidak mudah,tidak dinafikan dalam perjalanan itu ada ujian dia.Itu perkara biasakan.Kata orang hidup tak seindah seperti yang kita sangkakan tetapi kita yang mencorakkannya sendiri.Terpulang kepada kita.Ana petik kata-kata seorang guru : 

Jangan ikut nafsu nanti kita yang merana,
Jangan ikut pandangan mata,sesungguhnya ia menipu,
Tetapi ikutlah kata dari lubuk hati yang membawa kita ke jalanNya,
in sha Allah.

Bagaimana hendak memegang 'title' wanita solehah,kalau ketika ditimpa ujian yang sedikit kita sudah mengeluh? Tidak memandang kesusahan orang lain yang lebih perit dari kita.Umat Islam di Palestin,Syria,Mesir mereka ditindas .Adakah kita sudah lupa kemenangan Islam menakluk Kota Constantinapel pada suatu ketika dahulu oleh seorang pemuda yang bernama Sultan Muhammad Al-Fateh,perjuangan Saidina Ali dan ramai lagi.Di Malaysia bagaimana Islam itu sendiri membangun??.. fikir-fikirkan.
Siapa yang perlu dikasihani??... 

Di Palestin mereka ditindas tetapi masyarakatnya terus memegang cara hidup Islam yang sebenar.Anak-anak kecil berani membaling batu kearah kereta kebal yang sedang membuat rondaan sehinggakan ada yang dibunuh kerana mereka terlalu berani .Anak-anak di Malaysia?.. Bagaimana mereka diasuh?...Jangan salahkan mereka andai suatu hari nanti mereka tidak mengenal siapa yang digelar Sahabat Nabi,Kisah -kisah Nabi. :)

***********

Ramadhan kali ini banyak pengalaman yang baru.Orang kata tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu kan?.Bermula dengan program Pesta Konvokesyen tetapi dipertengahan jalan kami sebuah dipanggil untuk menjadi sukarelawan untuk memberi motivasi kepada adik-adik di Kuala Besut.Program ini mengumpulkan pelajar IPT dari seluruh Malaysia.Berkampung selama 4 hari 3 malam di Universiti Malaysia Kelantan,Kampus Bachok.Ana mendapat tugasan menjadi fasi di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2,bilangan barisan fasi seramai 12 orang yang melibatkan dari UMK,UPSI dan Unisza.Bilangan pelajar pula seramai 106 orang.Ini pengalaman yang pertama melibatkan diri memberi motivasi kepada adik-adik yang mengambil UPSR pada tahun ini.Jika selama ini hanya melibatkan diri menjadi fasi di Kolej MARA Kulim,program kali ini berbeza.Banyak pengalaman yang ana belajar dari adik- adik :

  • Pesan guru besar sekolah,ketika dalam kumpulan nanti kamu semua akan bertemu dengan murid yang cemerlang dan lemah.Dalam kumpulan yang ana dapat ada 7 orang,ada yang cemerlang ,sederhana dan lemah.Sebuah perkongsian untuk semua,adik ini bernama Anwar,dia seorang kelas pertama tetapi menurut kawan-kawannya dia jarang datang ke kelas.Tetapi apa yang ana nampak dalam diri adik ini dia ada impiannya.Apabila ditanya ketika dalam LDK,apa impian adik?.. nak masuk UUM katanya,teringin nak tengok bacteria dengan microscope.Sejauh itu angan-angan adik yang berusia 12 tahun.Sepanjang pemerhatian ,dia kurang diberi galakan kepadanya untuk belajar.in  sha Allah,adik ini akan berjaya di masa hadapan dengan impian yang kuat.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan Program Mahasiswa IPT bersama masyarakat.in sha Allah ada rezeki kita berjumpa lagi.Semoga Ukhwah ini berkekalan. :)










Salam Ukhwah
Terima kasih
:)



Jumaat, 12 Julai 2013

Itu Untukmu :)

Assalamualaikum  dan Salam Ramadhan...


Alhamdulilah,hari ke 3 semua umat Islam menunaikan ibadat berpuasa.Bagi ana puasa kali ini alhamdulilah dapat berpuasa di rumah walaupun sekejap sebab perlu mengikuti kursus untuk Sektretariat Karnival Konvokensyen UMK kali ke 3 bermula 15 Julai - 3 Ogos.Manfaatkan sebaiknya.in sha Allah.


Semalam adik-adik lepasan matrix dan stpm telah mendapat keputusan UPU,tahniah buat semua.Ada yang dapat seperti yang adik-adik semua minat kan sekurang-kurangnya ada la yang dalam 8 pilihan :).Namun ada juga yang menangis terguling-guling sebab tak dapat U yang kita minta atau kos yang kita tak minat atau yang lebih hebat ada yang sampai dapat dua tawaran terus..tahniah!!..


Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita sekarang,kalu ada yang bertanya 'adik ,dapat U mana?.. dapat UM,USM,UUM kan hebat bunyi tu tambah-tambah lagi kalau dapat kos yang hebat.Adik !! yang dapat Universiti yang dikata tak terkenal, baru nak naik jangan la malu nak jawab,kalau ada yang bertanya soalan yang sama.Pengalaman yang kita alami sama,kita mempunyai impian kita sendiri,betul kan??..tapi kita beranggapan kalu tak dapat U yang kita minat tu kita tak dapat yang kita inginkan.Salah tu,bagi akak kejayaan kita atas usaha kita,sejauh mana hebatnya U itu bukan pengukurnya.Adik belajar rajin-rajin dapat result terbaik,sahsiah baik,skill communication baik.Kita ada peluang tu.Cuba ubah pemikiran kita.


'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui'

(Al-Baqarah ayat 216)


Teruskan perjuangan kita,jangan mudah mengalah.Buktikan kepada orang lain yang kita juga mampu.Mampu bersaing dengan mereka.Itu yang terbaik buat kita dan bersangka baiklah dengan ketentuannya.in sha Allah.Perjalanan kita masih jauh,rezeki yang Allah kurniakan kepada kita terima dengan hati yang terbuka.Cuba kita tengok ramai lagi yang kita belajar tetapi tiada kemampuan tiada kekuatan yang Allah berikan kepadanya. Alhamdulilah...


In sha Allah,jika masih diberikan peluang,nikmat kesihatan yang baik,panjang umur akak akan menereuskan pembelajaran di Universiti Malaysia Kelantan ,Kampus Jeli  tahun 2.Cepat masa berlalu.Semoga kita sentiasa dalam rahmatnya.Baru sekarang ketemu mengapa,kenapa Allah bagi akak belajar di sini walaupun ada yang sebelum ni duk kata macam-macam.Mencari hikmah disebalik sebuah ketentuan.Tapi bersyukurlah dengannya. :)











Itu untuku,
Itu untukmu,
Itu untuk semua,
in sha Allah,
Fiamanillah..



Sabtu, 6 Julai 2013

Tangan yang Memberi itu Lebih Baik ;)


Bismilahirahmanirahim :)

Salam 27 syaaban




in sha Allah,kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh barakah 3 hari lagi.Semoga Allah memberi keizinan kepada kita untuk belayar dalam bulan Ramadhan dengan penuh keredhaannya.aamin.


Kisah hari ini ana akan menceritakan seorang insan yang bergelar ibu tunggal.Dirinya mempunyai 4 orang anak,kesemuanya masih belajar.Selepas pemergian suaminya dialah yang menguruskan segala keperluan anak-anaknya yang masih kecil dan memerlukan pemerhatian.Ana terpanggil untuk menulis kisah ini bukan untuk meminta simpati tetapi supaya kita sama-sama mengambil ikhtibar dari pengorbanan seorang ibu juga sebagai hamba Allah yang suka memberi.


Mak cik mah bukan orang yang kaya.Pekerjaannya yang sederhana hanya cukup untuk menampung keperluan sekeluarga.Ketika masih belajar di sekolah dahulu sering singgah ke rumahnya kalau ummi masih ada kerja di sekolah.Seorang yang suka bercerita.Setiap kali berkunjung ke rumahnya ada sahaja yang diberi yang dijamu untuk ana.Tapi lepas tamat zaman persekolahan ni,masuk universiti,jarang sangat boleh pergi ke rumahnya.Tetapi setiap kali pergi,mesti ada buah tangan yang diberi.Kadang-kadang rasa diri ini begitu berharga..hehe..


Pada suatu hari,ummi suruh pergi jumpa dengan mak cik mah  sebelum balik ke kampus.Selepas bersalaman dengannya,keluar kata-kata ini 'kak,tak dop gapo nak wi ko kak nie,sebelum kelik ko U".Ya Alllah,sebegitu mulia akhlak dan peribadinya.Tak apa,hanya cukup dengan doa.in sha Allah.

Selagi kita bernafas,selagi itu ada peruntukan rezeki untuk kita.Rezeki kita Allah yang aturkan tetapi kita boleh berusaha.Selalu kita dengar 'Sharing is Caring'..


Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Bersedekahlah kamu sekalian,walau hanya dengan sebiji buah tamar,sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan ,sebagaimana air dapar menghapuskan api." Membersihkan harta kekayaan.Menyenangkan dan mengembirakan hati orang yang menerima.


Bersemperna kedatangan bulan Ramadhan ini kita memang digalakkan untuk bersedekah kan.Banyak pahalanya,banyak kebaikkannya.Semoga dengan niat kita yang ikhlas walaupun sedikit keberkatan itu penting.Supaya orang yang kita beri sedekah itu turut mendoakan kesejahteraan untuk kita dan keluarga.in sha Allah.Secara mudahnya,Senyum !! dan ilmu yang kita pelajari kongsi bersama rakan kita yang lain.Supaya semakin bertambah ilmu yang kita dapat nanti :)


Jangan lupa sertakan dalam doa kita supaya mendoakan kesejahteraan orang yang banyak membantu kita,mempermudahkan urusan kita,mengajar kita supaya dimudahkan segala urusannya dan diberkati oleh Allah swt.


waallahu'lam










Salam perjuangan :)
Semoga Allah sentiasa merahmati kamu semua...
Fiamanillah..
in sha Allah..





Jumaat, 5 Julai 2013

Apa yang perlu kita Ubah?..

Assalamualaikum...

Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Allah swt masih diberi kesempatan untuk menulis kat sini.Allah menarik nikmat kesihatan buat diri ini seketika.

Entri yang ana akan tulis di bawah ini berkaitan dengan muslimah di luar sana.Dari segi pemakaian kita,yea pemakaian.Kalau kita nak mengikut trend sekarang macam-macam la kan dengan stail koreanya,stail belit sana belit sini.Ana tak kisah kalau kamu semua nak mengikut trend,tetapi harus ingat tutup aurat itu lebih penting sahabat ku yang dikasihi.Bukan tidak boleh !! Ingat tu,jangan salah faham lak :)

Islam telah mengariskan 8 garisan buat kita ,jom selidik :)

  • Pakaian tersebut mestilah menutup aurat.
Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

  • Pakaian yang tidak nipis sehingga menampakkan bayangan tubuh dari luar.
Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)

  • Pakaian itu tidak sempit dan atau ketat,tetapi yang longgar dan selesa.
Banyak hikmah dia kalau kita pakai yang longgar dan selesa ni kan.Kita boleh pakai untuk sembahyang.Sebaik-baik pakaian adalah pakaian yang boleh di bawa untuk solat.Tak perlu kita risau kalau kat surau atau masjid yang kita singgah tue tak menyediakan telekung yang tak mencukupi atau yang sebersih dan sewangi yang ada kat rumah :).
Pakaian yang longgar juga dapat menyelamatkan kita dari pandangan yang tak elok di luar sana.Kadang-kadangkan diri sendiri yang rasa malu..huu..

  • Warna pakaian itu suram atau gelap(tidak menyerlah).
Kalau kita tengok masyarakat arab mereka memakai abaya yang semuanya berwarna hitam.Siapa mereka tu? ninja kea?..hoho..tidak sama sekali.Mereka telah dididik dari zaman Rasulullah dengan pemakaian sedemikian,tetapi masyarakat kita sekarang jika melihat ada yang berpakaian begitu macam-macam gelaran yang diberikan.Sekarang femes kan dengan trend colour block.Tudung warna oren,baju warna hijau,kain warna purple.perghh !!..hebat..tapi kan agak-agak lah nak ikut trend pun..hehe

  • Pakaian itu seeloknya tidak disapu dengan wangi-wangian yang harum.
"Wanita apabila memakai wangi-wangian ,kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur(zaniyah).
(Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

  • Tidak berpakaian menyerupai lelaki.
Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)

  • Pakaian tersebut tidak menyerupai pakain wanita-wanita yang beragama lain.

  • Pakaian tersebut bukanlah untuk bermegah-megah,untuk menujuk-nunjuk dan bergaya.
Waauu..merah nya mak ngah..pernah dengar??...hehe..kembang mak ngah orang duk puji...eh2...puji kea perli tue??...hermm...Hindarkan pakaian kita dari menunjuk-nunjuk.Kalau baju tu mahal sekali pun tak usah diheboh,simpan aje dalam hati.Asal kita terjaga,Selamat dunia,Selamat akhirat.in sha Allah.


p/s: Alah,boring la kak,ramai yang dah duk bercakap sal aurat nie.Ehemm,yea...mmg dah ramai,kalu tengok kat "mukabuku" banyak yang duk bercakap sal ini.Tapi berapa ramai yang amik kisah? berapa ramai yang ubah?..Cuba kita fikir..Fikir-fikirkan dan selamat beramal.Haa,ada yang terasa kea? bagus lah itu tandanya Iman masih ada di hati kita. :) Sebelum keluar cek diri kita terlebih dahulu :)
Peringatan untuk bersama,untuk diri ini dan adik2,kak2,ibu2 sekalian..

waallahu'lam :)
Jom ubah !!