Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang
diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama
dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu
memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
[SURAH AR-RA’D 13:19]
Syukur kepada Allah masih memberi
peluang kepada saya untuk terus menulis. Syukur juga masih diilhamkan idea-idea
untuk menulis, mungkin untuk dakwah dan juga tarbiyyah. Cita-cita seperti APG.
Hahahaha Angan-angan besar. Terima kasih kepada pembaca yang masih lagi setia
mengikuti ruangan blog ini. Sentiasa bersama dalam naik dan juga turun reputasi
blog ini.
Kali ini, sengaja memilih tajuk yang
bunyi hebat, tapi belum pasti lagi isinya hebat juga atau tidak. Terpulang
kepada pembaca untuk labelkan tajuk ini sebagai sempoi atau fuyyoo atau
budak-budak sekarang ini suka guna osem. Kesimpulannya tajuk kita hari ini
dengar sungguh osem (hehe). Kan?? Semoga dengan bersahaja dan gaya santai ini
dapat membuat pembaca senang untuk menerima isi kandungan entry ini.
Sekarang ini ditempat yang penulis
sedang belajar, rata-rata sibuk dengan dinner. Macam-macam dinner,Dinner school, dinner untuk kos, dinner untuk persatuan dan lain-lain
lagi. Tapi saya tidak cukup hot untuk
terima kesemua jemputan jamuan makan malam itu. Hanya beberapa sahaja yang
perlu pergi. Salah satu daripada event itu
saya sendiri yang menguruskannya. Oleh sebab itulah datangnya idea untuk
menulis entry ini.
Bila kita bercakap tentang dinner, pasti ada sangkut paut dengan
kad jemputan, dengan makan-makan, dengan persembahan, dengan pakaian yang
hebat-hebat yang cantik-cantik dan pelbagai lagi. Cuba lihat disekitar kita,
disekeliling kita, apakah yang selalunya terjadi apabila kita dan juga mereka
yang lain menerima kad jemputan atau jemputan untuk menghadiri majlis seperti
ini. Saya yakin, daripada pihak pengurusan sehinggalah mereka yang hadir
sebagai peserta akan mempersiapkan diri sebaik mungkin untuk majlis itu.
Mari kita focus kepada mereka yang
akan hadir pada majlis itu. Semestinya mereka akan datang dengan berpakaian
yang kemas, kelihatan kacak dan juga cantik pada malam itu. Sudah pasti mereka
akan meluangkan sedikit masa untuk membuat persediaan untuk majlis itu.
Kalau orang perempuan lagi, nak pilih baju saja
dah berminggu-minggu kan? Eh? Itu baru baju, belum kira tudung dan accessories
lain. Bunyi macam kereta pula “accessories”. Hehe
Itu baru jemputan majlis makan malam yang hanya
diadakan oleh pihak dalam university, belum lagi orang-orang besar, orang-orang
kenamaan seperti menteri-menteri ataupun Perdana Menteri ataupun Raja-raja
ataupun Sultan yang menjemput. Jika itu terjadi, sudah pasti lebih dan lebih
lagi kita akan mempersiapkan diri kita untuk majlis itu. Sudah tentu kita ingin
kelihatan yang terbaik pada malam itu. Sanggup menghabiskan sedikit wang demi
kelihatan cantik, kacak pada majlis kebesaran itu.
Focus
saya hari ini ialah persediaan kita menghadapi seseuatu yang besar dalam hidup
kita. Sesuatu yang sangat-sangat bermakna dalam hidup kita. Kalau sentuh pasal
majlis perkahwinan buat panjang entry je, tidak perlu cerita pun orang boleh
faham kan…
Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan
Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang
menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah
berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan)
hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.
[SURAH AL-ANFAL 8:24]
Lihat pula bagaimana kita menyahut
seruan atau jemputan daripada Yang Maha Kuasa. Mungkin konteks di negara kita
ini apabila sebut jihad, orang tidak Nampak untuk keluar berperang. Lihatlah maksud
jihad secara amnya iaitu menegakkan agama Allah, menegakkan yang haq dan
meruntuhkan yang batil. Pelbagai perkara yang kita boleh buat untuk menegakkan
agama Allah. Menuntut ilmu dan juga menyebarkan ilmu untuk perkara kebaikan
juga boleh. Namun kebanyakkan daripada kita tidak mahu menerima seruan atau
jemputan ini dengan pelbagai alasan. Hendak sebarkan kebenaran juga risau. Tidak
mahu membuat persediaan untuk seruan ini.
Sebagai seorang Muslim, pasti kita
tidak asing lagi dengan seruan azan. Seruan azan yang bukan sahaja menandakan
masuknya waktu untuk solat, malah seruan azan juga seperti kad jemputan untuk
kita menghadiri solat Jemaah. Alhamdulillah, bagus bagi mereka yang bersiap
sedia, berpakaian cantik dan bersih serta berwangi-wangian untuk pergi
menunaikan solat berjemaah di surau-surau dan masjid-masjid. Namun ada juga
yang langsung tidak mengendahkan kad jemputan yang telah diberikan kepadanya.
Kad jemputan emas, dipilih sebagai
tajuk kerana kad jemputan merupakan sesuatu yang digunakan untuk menjemput
seseorang ke majlis. Emas pula saya ingin melambangkan sebagai sesuatu yang
sangat berharga. Apabila barang itu berharga sudah pasti ia sangat penting. Apakah
ada lagi jemputan yang sangat berharga selain daripada jemputan daripada
Pencipta kita? Saya biarkan pembaca untuk menjawabnya dengan sendiri.
Mungkin seruan jihad, mungkin
panggilan untuk solat kita mampu mendapat berita lebih awal untuk siapkan diri.
Tetapi ada satu jemputan yang lebih besar dan amat merisaukan semua orang,
iaitu jemputan untuk ke alam yang seterusnya, MATI. Dia tidak hadir memberitahu
bahawa kita akan pergi esok hari atau lusa atau minggu depan, tetapi bila tiba
masanya pasti kita akan pergi. Tidak mempunyai masa untuk mempersiapkan diri
seperti mana jemputan yang lain-lain itu.
Sementara masih mempunyai nyawa,
inilah masanya untuk kita bersiap sedia untuk menghadapinya. Kad jemputan yang
tidak mungkin kita mampu tolak lagi. Mahu atau tidak, kita perlu pergi berjumpa
dengan-Nya. Bersedia atau tidak, kita tidak mempunyai pilihan ketika itu kerana
kita sudah diberi peluang sekarang.
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama)
Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan
tapak pendirian kamu.
[SURAH MUHAMMAD 47:7]
~Khas untuk diri sendiri~
~Tinta Seorang Musafir~
~Wallahua’lam~