Sabtu, 27 Julai 2013

Harapan kita ^-^


Assalamualaikum,
Salam 19 Ramadhan,




Tidak salah bukan untuk kita berharap,
Yang kita ada sekarang adalah harapan kita,
Tetapi tidak salah untuk kita mengharapkan yang lain,
Dan jangan tinggalkan yang telah ada,


Bersyukurlah wahai diri,
Kita akan mensyukuri nikmat sihat,ketika mana datangnya sakit,
Kita akan berterima kasih kepada Allah,
 Apabila kita memandang ada lagi insan yang lagi susah hidupnya dari kita,


Pandanglah dunia ini,
Agar kamu mengerti hidup ini ada seninya,ada jalannya tersendiri,
Allah swt memberikan kepada kita apa yang kita perlukan,
Jangan pernah bertanya,
Mengapa aku tidak sehebat dia?
Mengapa aku tidak diberi jawatan yang besar?


Apa kamu yakin bahawasanya kamu boleh menjaga amanah itu dengan baik?.
Bersangka baiklah,
Allah swt telah memberikan kita sebaik-baik jalan yang perlu ditempuhi,
Jika jatuh,ayuh ! bangun ,

Pandanglah ke bawah
agar sedar nikmat yang melimpah
Pandanglah ke atas
untuk insafi amal kita yang terbatas

Kadang Tuhan menyempitkan
agar tidak hanyut dalam kesenangan
Kadang Dia melapangkan
agar tidak selalu berada dalam kesempitan

kadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
agar kita tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya..

Kita milik Allah,
Pengakhirannya nanti semoga kita bertemu CintaNya,




Hasbunaallah wani'mal wakil,
in sha Allah,
fiamanillah,
semoga ada yang kesudahan yang terbaik,
:)


Jumaat, 19 Julai 2013

Sebuah Perjalanan :)

Assalamualaikum...
Salam 10 Ramadhan...



Hakikat sebuah perjalanan dalam kehidupan ini tidak mudah,tidak dinafikan dalam perjalanan itu ada ujian dia.Itu perkara biasakan.Kata orang hidup tak seindah seperti yang kita sangkakan tetapi kita yang mencorakkannya sendiri.Terpulang kepada kita.Ana petik kata-kata seorang guru : 

Jangan ikut nafsu nanti kita yang merana,
Jangan ikut pandangan mata,sesungguhnya ia menipu,
Tetapi ikutlah kata dari lubuk hati yang membawa kita ke jalanNya,
in sha Allah.

Bagaimana hendak memegang 'title' wanita solehah,kalau ketika ditimpa ujian yang sedikit kita sudah mengeluh? Tidak memandang kesusahan orang lain yang lebih perit dari kita.Umat Islam di Palestin,Syria,Mesir mereka ditindas .Adakah kita sudah lupa kemenangan Islam menakluk Kota Constantinapel pada suatu ketika dahulu oleh seorang pemuda yang bernama Sultan Muhammad Al-Fateh,perjuangan Saidina Ali dan ramai lagi.Di Malaysia bagaimana Islam itu sendiri membangun??.. fikir-fikirkan.
Siapa yang perlu dikasihani??... 

Di Palestin mereka ditindas tetapi masyarakatnya terus memegang cara hidup Islam yang sebenar.Anak-anak kecil berani membaling batu kearah kereta kebal yang sedang membuat rondaan sehinggakan ada yang dibunuh kerana mereka terlalu berani .Anak-anak di Malaysia?.. Bagaimana mereka diasuh?...Jangan salahkan mereka andai suatu hari nanti mereka tidak mengenal siapa yang digelar Sahabat Nabi,Kisah -kisah Nabi. :)

***********

Ramadhan kali ini banyak pengalaman yang baru.Orang kata tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu kan?.Bermula dengan program Pesta Konvokesyen tetapi dipertengahan jalan kami sebuah dipanggil untuk menjadi sukarelawan untuk memberi motivasi kepada adik-adik di Kuala Besut.Program ini mengumpulkan pelajar IPT dari seluruh Malaysia.Berkampung selama 4 hari 3 malam di Universiti Malaysia Kelantan,Kampus Bachok.Ana mendapat tugasan menjadi fasi di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2,bilangan barisan fasi seramai 12 orang yang melibatkan dari UMK,UPSI dan Unisza.Bilangan pelajar pula seramai 106 orang.Ini pengalaman yang pertama melibatkan diri memberi motivasi kepada adik-adik yang mengambil UPSR pada tahun ini.Jika selama ini hanya melibatkan diri menjadi fasi di Kolej MARA Kulim,program kali ini berbeza.Banyak pengalaman yang ana belajar dari adik- adik :

  • Pesan guru besar sekolah,ketika dalam kumpulan nanti kamu semua akan bertemu dengan murid yang cemerlang dan lemah.Dalam kumpulan yang ana dapat ada 7 orang,ada yang cemerlang ,sederhana dan lemah.Sebuah perkongsian untuk semua,adik ini bernama Anwar,dia seorang kelas pertama tetapi menurut kawan-kawannya dia jarang datang ke kelas.Tetapi apa yang ana nampak dalam diri adik ini dia ada impiannya.Apabila ditanya ketika dalam LDK,apa impian adik?.. nak masuk UUM katanya,teringin nak tengok bacteria dengan microscope.Sejauh itu angan-angan adik yang berusia 12 tahun.Sepanjang pemerhatian ,dia kurang diberi galakan kepadanya untuk belajar.in  sha Allah,adik ini akan berjaya di masa hadapan dengan impian yang kuat.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan Program Mahasiswa IPT bersama masyarakat.in sha Allah ada rezeki kita berjumpa lagi.Semoga Ukhwah ini berkekalan. :)










Salam Ukhwah
Terima kasih
:)



Jumaat, 12 Julai 2013

Itu Untukmu :)

Assalamualaikum  dan Salam Ramadhan...


Alhamdulilah,hari ke 3 semua umat Islam menunaikan ibadat berpuasa.Bagi ana puasa kali ini alhamdulilah dapat berpuasa di rumah walaupun sekejap sebab perlu mengikuti kursus untuk Sektretariat Karnival Konvokensyen UMK kali ke 3 bermula 15 Julai - 3 Ogos.Manfaatkan sebaiknya.in sha Allah.


Semalam adik-adik lepasan matrix dan stpm telah mendapat keputusan UPU,tahniah buat semua.Ada yang dapat seperti yang adik-adik semua minat kan sekurang-kurangnya ada la yang dalam 8 pilihan :).Namun ada juga yang menangis terguling-guling sebab tak dapat U yang kita minta atau kos yang kita tak minat atau yang lebih hebat ada yang sampai dapat dua tawaran terus..tahniah!!..


Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita sekarang,kalu ada yang bertanya 'adik ,dapat U mana?.. dapat UM,USM,UUM kan hebat bunyi tu tambah-tambah lagi kalau dapat kos yang hebat.Adik !! yang dapat Universiti yang dikata tak terkenal, baru nak naik jangan la malu nak jawab,kalau ada yang bertanya soalan yang sama.Pengalaman yang kita alami sama,kita mempunyai impian kita sendiri,betul kan??..tapi kita beranggapan kalu tak dapat U yang kita minat tu kita tak dapat yang kita inginkan.Salah tu,bagi akak kejayaan kita atas usaha kita,sejauh mana hebatnya U itu bukan pengukurnya.Adik belajar rajin-rajin dapat result terbaik,sahsiah baik,skill communication baik.Kita ada peluang tu.Cuba ubah pemikiran kita.


'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui'

(Al-Baqarah ayat 216)


Teruskan perjuangan kita,jangan mudah mengalah.Buktikan kepada orang lain yang kita juga mampu.Mampu bersaing dengan mereka.Itu yang terbaik buat kita dan bersangka baiklah dengan ketentuannya.in sha Allah.Perjalanan kita masih jauh,rezeki yang Allah kurniakan kepada kita terima dengan hati yang terbuka.Cuba kita tengok ramai lagi yang kita belajar tetapi tiada kemampuan tiada kekuatan yang Allah berikan kepadanya. Alhamdulilah...


In sha Allah,jika masih diberikan peluang,nikmat kesihatan yang baik,panjang umur akak akan menereuskan pembelajaran di Universiti Malaysia Kelantan ,Kampus Jeli  tahun 2.Cepat masa berlalu.Semoga kita sentiasa dalam rahmatnya.Baru sekarang ketemu mengapa,kenapa Allah bagi akak belajar di sini walaupun ada yang sebelum ni duk kata macam-macam.Mencari hikmah disebalik sebuah ketentuan.Tapi bersyukurlah dengannya. :)











Itu untuku,
Itu untukmu,
Itu untuk semua,
in sha Allah,
Fiamanillah..



Sabtu, 6 Julai 2013

Tangan yang Memberi itu Lebih Baik ;)


Bismilahirahmanirahim :)

Salam 27 syaaban




in sha Allah,kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh barakah 3 hari lagi.Semoga Allah memberi keizinan kepada kita untuk belayar dalam bulan Ramadhan dengan penuh keredhaannya.aamin.


Kisah hari ini ana akan menceritakan seorang insan yang bergelar ibu tunggal.Dirinya mempunyai 4 orang anak,kesemuanya masih belajar.Selepas pemergian suaminya dialah yang menguruskan segala keperluan anak-anaknya yang masih kecil dan memerlukan pemerhatian.Ana terpanggil untuk menulis kisah ini bukan untuk meminta simpati tetapi supaya kita sama-sama mengambil ikhtibar dari pengorbanan seorang ibu juga sebagai hamba Allah yang suka memberi.


Mak cik mah bukan orang yang kaya.Pekerjaannya yang sederhana hanya cukup untuk menampung keperluan sekeluarga.Ketika masih belajar di sekolah dahulu sering singgah ke rumahnya kalau ummi masih ada kerja di sekolah.Seorang yang suka bercerita.Setiap kali berkunjung ke rumahnya ada sahaja yang diberi yang dijamu untuk ana.Tapi lepas tamat zaman persekolahan ni,masuk universiti,jarang sangat boleh pergi ke rumahnya.Tetapi setiap kali pergi,mesti ada buah tangan yang diberi.Kadang-kadang rasa diri ini begitu berharga..hehe..


Pada suatu hari,ummi suruh pergi jumpa dengan mak cik mah  sebelum balik ke kampus.Selepas bersalaman dengannya,keluar kata-kata ini 'kak,tak dop gapo nak wi ko kak nie,sebelum kelik ko U".Ya Alllah,sebegitu mulia akhlak dan peribadinya.Tak apa,hanya cukup dengan doa.in sha Allah.

Selagi kita bernafas,selagi itu ada peruntukan rezeki untuk kita.Rezeki kita Allah yang aturkan tetapi kita boleh berusaha.Selalu kita dengar 'Sharing is Caring'..


Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Bersedekahlah kamu sekalian,walau hanya dengan sebiji buah tamar,sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan ,sebagaimana air dapar menghapuskan api." Membersihkan harta kekayaan.Menyenangkan dan mengembirakan hati orang yang menerima.


Bersemperna kedatangan bulan Ramadhan ini kita memang digalakkan untuk bersedekah kan.Banyak pahalanya,banyak kebaikkannya.Semoga dengan niat kita yang ikhlas walaupun sedikit keberkatan itu penting.Supaya orang yang kita beri sedekah itu turut mendoakan kesejahteraan untuk kita dan keluarga.in sha Allah.Secara mudahnya,Senyum !! dan ilmu yang kita pelajari kongsi bersama rakan kita yang lain.Supaya semakin bertambah ilmu yang kita dapat nanti :)


Jangan lupa sertakan dalam doa kita supaya mendoakan kesejahteraan orang yang banyak membantu kita,mempermudahkan urusan kita,mengajar kita supaya dimudahkan segala urusannya dan diberkati oleh Allah swt.


waallahu'lam










Salam perjuangan :)
Semoga Allah sentiasa merahmati kamu semua...
Fiamanillah..
in sha Allah..





Jumaat, 5 Julai 2013

Apa yang perlu kita Ubah?..

Assalamualaikum...

Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Allah swt masih diberi kesempatan untuk menulis kat sini.Allah menarik nikmat kesihatan buat diri ini seketika.

Entri yang ana akan tulis di bawah ini berkaitan dengan muslimah di luar sana.Dari segi pemakaian kita,yea pemakaian.Kalau kita nak mengikut trend sekarang macam-macam la kan dengan stail koreanya,stail belit sana belit sini.Ana tak kisah kalau kamu semua nak mengikut trend,tetapi harus ingat tutup aurat itu lebih penting sahabat ku yang dikasihi.Bukan tidak boleh !! Ingat tu,jangan salah faham lak :)

Islam telah mengariskan 8 garisan buat kita ,jom selidik :)

  • Pakaian tersebut mestilah menutup aurat.
Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

  • Pakaian yang tidak nipis sehingga menampakkan bayangan tubuh dari luar.
Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)

  • Pakaian itu tidak sempit dan atau ketat,tetapi yang longgar dan selesa.
Banyak hikmah dia kalau kita pakai yang longgar dan selesa ni kan.Kita boleh pakai untuk sembahyang.Sebaik-baik pakaian adalah pakaian yang boleh di bawa untuk solat.Tak perlu kita risau kalau kat surau atau masjid yang kita singgah tue tak menyediakan telekung yang tak mencukupi atau yang sebersih dan sewangi yang ada kat rumah :).
Pakaian yang longgar juga dapat menyelamatkan kita dari pandangan yang tak elok di luar sana.Kadang-kadangkan diri sendiri yang rasa malu..huu..

  • Warna pakaian itu suram atau gelap(tidak menyerlah).
Kalau kita tengok masyarakat arab mereka memakai abaya yang semuanya berwarna hitam.Siapa mereka tu? ninja kea?..hoho..tidak sama sekali.Mereka telah dididik dari zaman Rasulullah dengan pemakaian sedemikian,tetapi masyarakat kita sekarang jika melihat ada yang berpakaian begitu macam-macam gelaran yang diberikan.Sekarang femes kan dengan trend colour block.Tudung warna oren,baju warna hijau,kain warna purple.perghh !!..hebat..tapi kan agak-agak lah nak ikut trend pun..hehe

  • Pakaian itu seeloknya tidak disapu dengan wangi-wangian yang harum.
"Wanita apabila memakai wangi-wangian ,kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur(zaniyah).
(Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

  • Tidak berpakaian menyerupai lelaki.
Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)

  • Pakaian tersebut tidak menyerupai pakain wanita-wanita yang beragama lain.

  • Pakaian tersebut bukanlah untuk bermegah-megah,untuk menujuk-nunjuk dan bergaya.
Waauu..merah nya mak ngah..pernah dengar??...hehe..kembang mak ngah orang duk puji...eh2...puji kea perli tue??...hermm...Hindarkan pakaian kita dari menunjuk-nunjuk.Kalau baju tu mahal sekali pun tak usah diheboh,simpan aje dalam hati.Asal kita terjaga,Selamat dunia,Selamat akhirat.in sha Allah.


p/s: Alah,boring la kak,ramai yang dah duk bercakap sal aurat nie.Ehemm,yea...mmg dah ramai,kalu tengok kat "mukabuku" banyak yang duk bercakap sal ini.Tapi berapa ramai yang amik kisah? berapa ramai yang ubah?..Cuba kita fikir..Fikir-fikirkan dan selamat beramal.Haa,ada yang terasa kea? bagus lah itu tandanya Iman masih ada di hati kita. :) Sebelum keluar cek diri kita terlebih dahulu :)
Peringatan untuk bersama,untuk diri ini dan adik2,kak2,ibu2 sekalian..

waallahu'lam :)
Jom ubah !!


















Selasa, 2 Julai 2013

Sungguh Kuat Ujian Untukmu....



"Dan (ingatlah kisah) Ayub ketika dia berdoa kepada Tuhannya : "(Ya Tuhanku) ,sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua yang penyayang".
(Al-Anbiya ayat 83)

Assalamualaikum...
Bismilahirahmanirahim...

Pasti semua pernah dengar atau pernah baca tentang kisah Nabi Ayub as yang ditimpa dengan ujian yang amat berat kerana iblis amat mencemburui ketaatannya kepada Allah.Izinkan ana untuk menulis tentang kisahnya dan kisah ini juga telah diinspirasi oleh seorang sahabat.in sha Allah.

Nabi Ayub as seorang nabi yang sangat taat akan perintah Allah.Allah swt memberinya kesenangan di dunia dengan dikurniakan kekayaan,ladang yang luas,isteri dan anak-anak.Semakin dia diberi dengan kesenangan semakin dia taat akan perintah Allah,makin lama dia sujud kepada Allah,makin banyak dia memuji Allah.Allahuakhbar,jika nak dibandingkan dengan kita semakin kita diberi dengan kesenangan dengan kekayaan semakin kita sekejap kita bersujud kepada Allah,hanya sedikit sahaja orang yang bersyukur.

Ketaatan Nabi Ayub sering diperhatikan oleh Iblis yang mencari jalan untuk menguji Nabi Ayub ini,lalu Iblis meminta Izin dari Allah swt untuk menguji Nabi Ayub ini dengan bermacam jenis ujian.Dari seorang yang kaya menjadi seorang yang miskin,anak-anaknya semua meninggal dunia,tanaman dan ladangnya yang luas semua musnah diserang penyakit.Nabi Ayub hanya tinggal isterinya seorang yang bernama Rahmah.

Walaupun diberi ujian yang sebegini berat,Nabi Ayub semakin taat kepada Allah,semakin kuat dia beribadah kepada Allah.Nabi Ayub amat bersyukur dengan rezeki yang dia ada sekarang.Nabi Ayub tidak merungut kepada Allah.

Dalam masa yang sama,Iblis semakin tidak puas hati dengan Nabi Ayub ini.Iblis meminta izin dengan Allah untuk memberi Nabi Ayub sejenis penyakit iaitu barah otak.Kritikalnya penyakit Nabi Ayub sehingga berulat kepalanya.Diceritakan sehingga ketika Nabi sedang bersujud,ulat-ulat tersebut akan jatuh ke sejadah.Namun,Nabi Ayub masih sujud kepada Allah,masih bersyukur dengan Allah,masih bersangka baik dengan Allah,masih taat kepada Allah.Isteri Nabi Ayub,Rahmah merungut kepadanya.Tetapi Nabi Ayub menjawab,Allah memberikan kita kesenangan sungguh lama,beratus tahun tetapi penyakit yang menimpa dirinya baru 45 sehingga 50 tahun.Baginya ini hanya ujian kecil yang menimpa berbanding kesenangan yang diberikan selama ini kepada mereka.

Pada suatu ketika,malaikat sangat kasihan melihat Nabi Ayub yang ditimpa dengan pelbagai ujian.Malaikat melihat ketika Nabi Ayub sedang solat ulat-ulat tersebut jatuh di atas sejadahnya,malaikat menyangka sesudah solat Nabi Ayub akan membunuh ulat-ulat tersebut tetapi ternyata anggapan malaikat salah.Anda tahu apa yang telah dilakukan oleh Nabi Ayub??....

Nabi Ayub mengutip kembali ulat-ulat tersebut dan diletakkan kembali ke kepalanya.Nabi Ayub berkata ulat ini mendapat rezeki di kepalaku,mereka kenyang.Kalau aku membunuh ulat-ulat ini,mereka akan kelaparan dan akan menuntutnya kembali di akhirat kelak.
Malaikat pergi meminta petunjuk dari Allah,apa yang boleh dilakukan kepada Nabi Ayub ini.Allah menyuruh malaikat supaya memberitahu Nabi Ayub supaya berdoa kepadanya.
Nabi Ayub membaca doa seperti yang ana tulis di permulaan kisah ini.Tetapi malaikat menjadi hairan dengan Nabi Ayub,malaikat ingatkan Nabi Ayub berdoa supaya menyembuhkan penyakitnya tetapi Nabi Ayub berdoa hikmah disebalik doa tersebut.

Seperti kita juga manusia,kalau kita mahu apa-apa mesti kita meminta dengan bahasa yang baik atau dengan cara membodek..kan??.. :)

Nabi Ayub memuji Allah seperti ayat di atas "Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua yang penyayang".
Dengan izin Allah,penyakit Nabi Ayub sembuh dengan baikknya seperti ayat berikut :-

"Maka kami pun memperkenankan doanya itu,lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya dan Kami lipat gandakan bilangan mereka sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Kami"
(Al-Anbiya ayat 84)

waallahu'lam...

Semoga kita dapat mengambil pengajaran dari kisah Nabi Ayub...
Bersyukurlah dengan rezeki yang kita perolehi...
Allah tidak memberinya kepada kita sebab kita tidak memerlukannya ataupun kita tidak mampu untuk mengawalnya...




Sekian..
Terima kasih..
Alhamdulilah ... ^___^




Isnin, 1 Julai 2013

Setanggi CintaMu....

Percaya kata janji Mu
Kerna ku yakin apa digenggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Punca cinta teragung

Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
(kerna awan itu rapuh)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismilahirahmanirahim,

Di atas adalah sebahagian lirik lagu Setanggi Syurga dari kumpulan In-Team.Setanggi bermaksud haruman/aroma bunga yang harum.Cinta dapat memandu kita apabila Iman yang memandu.Sedar kepada siapa yang sepatutnya kita berikan cinta.Izinkan ana menulis sebuah kisah tentang seorang sahabat Nabi saw yang sangat terkenal dengan sikap suka MEMBERI.Seorang pencinta yang sejati tidak pernah mengerti kata kerja MENERIMA.

Salman Al-Farisi,seorang sahabat Rasulullah saw yang baginya cinta bermaksud memberi, mendahulukan orang lain dan membelakangi hak diri sendiri.Memberi apa sahaja agar cinta yang sebenar dapat dirasai oleh semua insan yang dicintainya.

Jom baca kisah nya,
Beliau ialah lelaki soleh yang dicintai oleh Rasulullah saw dan para sahabat yang lainnya.Dia sangat terkenal dengan sikapnya yang suka memberi melebihi untuk dirinya sendiri ini dapat dilihat pada harta miliknya,hanya sedikit sahaja ditinggalkan buat bekalan kehidupannya.Ideanya juga telah memenangkan tentera Islam di peperangan Khandaq.Apa idea dia yea??..Sesiapa boleh bagi tahu ana??..

Cinta Agung Seorang Sahabat...

Pada saat dan ketika beliau merasakan dirinya layak untuk menyempurnakan separuh daripada agama.Dia sudah bersedia untuk melamar seorang gadis solehah daripada kaum Ansar, yang selalu menitir di bibir para pemuda di Kota Madinah.Memperoleh cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di syurga.

Beliau mengajak sahabat karibnya, Abu Darda' sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu nanti.Sahabatnya itu mengucapkan tanda syukur kepada Salman.Dia begitu teruja untuk membantu Salman Al-Farisi untuk mendirikan masjid baginya hal-hal yang baik perlu di tolong dan dipermudahkan.

Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda di Kota Madinah.Maka tibalah mereka di rumah wanita tersebut.Setelah dipersilakan itu mereka dipersilakan masuk.

Maka bermulalah bicara Abu Darda'.....

"Saya adalah Abu Darda' dan ini adalah saudara saya Salman Al-Farisi.Allah SWT telah memuliakannya dengan Islam, dan juga dia memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya.Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah saw,hingga Rasulullah saw menyebut beliau sebagai sebahagian ahli baitnya.Saya datang untuk mewakili saudara untuk ini melamar puteri kalian untuk dijadikan isteri," berkata Abu Darda' kepada keluarga wanita tersebut dengan penuh baik susun bahasanya.

Walinya membalas....

"Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah saw yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami.Dan adalah kehormatan lebih besar bagi kami sekeluarga bermenantukan seorang sahabat Rasulullah saw.Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan puteri kami.Saya serahkan kepada puteri kami untuk membuat keputusan," wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab,disebalik hijab itu ada sang puteri menanti dengan tenang.

"Silakan tuan," balas Abu Darda'.

Selang beberapa minit,datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puterinya.

"Kerana kalian tetamu terhormat kami,sahabat Rasulullah saw yang amat dicintai.Kami hanya mengharapkan redha Allah bersama kita semua.Sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman.Namun jika Abu Darda' mempunyai niat yang sama,puteri kami senang hati meneriman pinangannya dengan penuh syukur," kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman Al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.

Subhanaallah....

Jelaslah wanita solehah itu memilih Abu Darda' sebagai pasangan hidupnya.Bayangkan anda berada di tempat Salman Al-Farisi.Apa yang anda rasa??..Mungkin akan menyalahkan diri sendiri kenapa membawa perantaraan sebagai teman bicara.Namun berlainan pula jawapan dari Salman Al-Farisi :-

"Allahu akhbar!" dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil ini.
"Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan ku berikan kepadamu sahabatku,teman baikku dunia akhirat.Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian !" air mata kasih dan syukur membeningkan suasana redup itu.

Itulah jawapannya,reaksinya telah melukiskan dia ialah seorang pencinta sejati.Sejatinya dia bukan kerana dia sahabat Nabi saw yang utama tetapi rahmat kasih sayang Ilahi menemani sekeping hati kecilnya untuk terus MEMBERI.

Salman Al-Farisi mengajar kita erti MEMBERI yang sebenar,tidak menagih simpati untuk menerima.Dia hanya tahu memberi sahaja.Memberi tidak bererti mengurangi apa yang ada pada kita,tapi bersyukur dengan apa yang kita miliki,tidak pula menyesal apa yang kita tidak dapat dan tiada.

Erti hidup pada MEMBERI...
Pesan seorang guru kepada ana :

Memberilah walau sedikit,
Supaya yang sedikit itu mampu menjadi benih yang subur,
Mampu memberi dengan lebih lagi.











Sekian...
Salam perjuangan...
Semoga bermanfaat...
Maafkan diri ini andai belum mampu menjadi sahabat,kawan,teman yang baik..