Sabtu, 6 Julai 2013

Tangan yang Memberi itu Lebih Baik ;)


Bismilahirahmanirahim :)

Salam 27 syaaban




in sha Allah,kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh barakah 3 hari lagi.Semoga Allah memberi keizinan kepada kita untuk belayar dalam bulan Ramadhan dengan penuh keredhaannya.aamin.


Kisah hari ini ana akan menceritakan seorang insan yang bergelar ibu tunggal.Dirinya mempunyai 4 orang anak,kesemuanya masih belajar.Selepas pemergian suaminya dialah yang menguruskan segala keperluan anak-anaknya yang masih kecil dan memerlukan pemerhatian.Ana terpanggil untuk menulis kisah ini bukan untuk meminta simpati tetapi supaya kita sama-sama mengambil ikhtibar dari pengorbanan seorang ibu juga sebagai hamba Allah yang suka memberi.


Mak cik mah bukan orang yang kaya.Pekerjaannya yang sederhana hanya cukup untuk menampung keperluan sekeluarga.Ketika masih belajar di sekolah dahulu sering singgah ke rumahnya kalau ummi masih ada kerja di sekolah.Seorang yang suka bercerita.Setiap kali berkunjung ke rumahnya ada sahaja yang diberi yang dijamu untuk ana.Tapi lepas tamat zaman persekolahan ni,masuk universiti,jarang sangat boleh pergi ke rumahnya.Tetapi setiap kali pergi,mesti ada buah tangan yang diberi.Kadang-kadang rasa diri ini begitu berharga..hehe..


Pada suatu hari,ummi suruh pergi jumpa dengan mak cik mah  sebelum balik ke kampus.Selepas bersalaman dengannya,keluar kata-kata ini 'kak,tak dop gapo nak wi ko kak nie,sebelum kelik ko U".Ya Alllah,sebegitu mulia akhlak dan peribadinya.Tak apa,hanya cukup dengan doa.in sha Allah.

Selagi kita bernafas,selagi itu ada peruntukan rezeki untuk kita.Rezeki kita Allah yang aturkan tetapi kita boleh berusaha.Selalu kita dengar 'Sharing is Caring'..


Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Bersedekahlah kamu sekalian,walau hanya dengan sebiji buah tamar,sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan ,sebagaimana air dapar menghapuskan api." Membersihkan harta kekayaan.Menyenangkan dan mengembirakan hati orang yang menerima.


Bersemperna kedatangan bulan Ramadhan ini kita memang digalakkan untuk bersedekah kan.Banyak pahalanya,banyak kebaikkannya.Semoga dengan niat kita yang ikhlas walaupun sedikit keberkatan itu penting.Supaya orang yang kita beri sedekah itu turut mendoakan kesejahteraan untuk kita dan keluarga.in sha Allah.Secara mudahnya,Senyum !! dan ilmu yang kita pelajari kongsi bersama rakan kita yang lain.Supaya semakin bertambah ilmu yang kita dapat nanti :)


Jangan lupa sertakan dalam doa kita supaya mendoakan kesejahteraan orang yang banyak membantu kita,mempermudahkan urusan kita,mengajar kita supaya dimudahkan segala urusannya dan diberkati oleh Allah swt.


waallahu'lam










Salam perjuangan :)
Semoga Allah sentiasa merahmati kamu semua...
Fiamanillah..
in sha Allah..





Tiada ulasan: