Sabtu, 22 Jun 2013

Namamu terkenal di Langit.. =)

Uwais Al-Qarni

PART 1
           
                    Uwais merupakan seorang pemuda tampan yang bermata biru dan kulitnya kemerah-merahan.Dagunya hampir dengan dadanya kerana sering melihat ke tempat sujud.Lelaki mulia ini hanya memiliki dua helai pakaian yang sudah lusuh : satu digunakan untuk menutupi badan dan satu lagi digunakan sebagai selendang.Disebabkan kemiskinannya beliau sering dihina ,dicaci dan menjadi bahan umpatan oleh penduduk kampung .Tidak sedikit yang menuduhnya sebagai pengemis barang dan pebcuri sehinggakan beliau tidak sudi menerima hadiah pemberian pakaian dari seorang fuqaha dari Kuffah kerana enggan dikatakan sebagai pencuri.

Uwais Al-Qarni atau nama sebenarnya Uwais bin Amir Abu Amr Al-Qarni Al-Muradi merupakan seorang yatim dan memelihara seorang ibu yang buta dan lumouh. Untuk menampung kehidupan mereka, wais bekerja sebagai pengembala kambing.Jika mempunyai rezeki yang lebih ,beliau akan membantu jiran tetangganya meskipun kehidupannya disibukkan dengan urusan pengembalanya dan menjaga ibunya yang tua, hal itu langsung tidak menjadi penghalang buat beliau untuk berpuasa di siang hari serta beribadah di malam hari.

Kala sendirian,Uwais sangat fokus terhadap ibadahnya.Tatkala petang menjelang, Uwais akan berkata, "malam ini adalah malam rukuk ku.Maka beliau pun rukuk sehingga tiba waktu subuh. Meskipun miskin, beliau akan tetap menyedekahkan makanan dan pakaian kepada yang lebih memerlukan.

Uwais mentalak dunia dengan talak tiga yang tidak mungkin dirujuk kembali.Sampai-sampai kezuhudannya itu menyebabkan beliau tidak merasa segan mengambil makanan dari tempat sampah lalu membasuhnya.Sebahagian dimakan, dan sebahagiannya lagi disedekahkannya.

Ketika Islam datang ke negeri Yaman, banyak tetangganya yang berpegian ke Madinah untuk bertemu dengan Rasulullah SAW dan mendengarnya langsung dari Baginda. Kerinduan dan kesedihan Uwais memuncak apabila kembalinya tetangganya dari Madinah mereka terus memperbaharui kehidupan mereka dengan berlandaskan syariat Islam.

Ketika perang Uhud meletus, Rasulullah SAW cedera dan gigi Baginda patah kerana dilempari batu oleh musuh.Khabar ini sampai ke pengentahuan Uwais ,dan atas rasa cinta yang begitu dalam dan agung, Uwais segera memukul giginya dengan batu sehingga patah.Allahuakbar !!

Kecintaannya yang kuat menyebabkan beliau membuat keputusan untuk bertemu dengan Rasulullah SAW dan meminta izin kepada ibunya untuk pergi ke Madinah.Perjalanan sejauh 400 kilometer itu dilaluinya semata-mata untuk bertemu Rasulullah SAW .Tatkala tiba di Madinah, beliau lantas mencari rumah Rasulullah dan mengetuk pintu rumah tersebut.

Namun yang muncul adalah Saidatina Aisyah RA .Remuk redam hati Uwais tatkala dikhabarkan bahawa Rasulullah SAW tiada kerana pergi berperang . Dengan perasaan yang serba salah ,beliau berkata kepada Aishah RA ,"Titipkan salamku buat Rasulullah SAW ,wahai Saidatina Aishah RA" .Uwais terus melangkah berat dengan hati yang pilu.Saat Rasulullah SAW pulang, Baginda terus bertanyakan kepada Saidatina Aishah RA mengenai orang yang mencarinya.


"Adakah kalian tahu siapakah gerangan orang yang mencariku itu? "Tidak,ya Rasulullah,"balas para sahabat.

"Ketahuilah sesungguhnya dia itu adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.Sebaik-baik tabi'in adalah Uwais".

Para sahabat terpegun dengan penjelasan dari Baginda.Rasulullah bersabda "Kalau kalian ingin berjumpa dengannya,perhatikanlah bahawa dia mempunyai tanda putih di tengah-tengah tapak tangannya".

Baginda mengatakan kepada Saidina Umar dan Saidina Ali agar memohon doa serta istighfarnya jika bertemu dengan lelaki penghuni langit itu.............



Adakah Saidina Umar dan Saidina Ali dapat bertemu dengan Uwais Al-Qarni??
Bagaimana Khulafa' Ar-Rasyidin itu bertemu dengan Uwais Al-Qarni??

*Nantikan sambungannya di Part 2*
in sha Allah :)


 

Tiada ulasan: