Selasa, 25 Jun 2013

Rasa Nikmat Ditegur Allah SWT.....

DISAAT YANG SEPI INI
KU DUDUK SEORANG DIRI
MEMOHON KEAMPUNAN DARI ILAHI

BAK LAUTAN BERGELOMBANG
SIANG MALAM PAGI JUGA PETANG
MENGHARAPKAN KETENANGAN
DARI TUHAN YANG ESA

BETAPA RIMBUNNYA DOSAKU
SEMUA TERLAKAR DILEMBAH USIAKU
SALAH DAN SILAP DIMASA YANG LALU
KINI KU SESALI

KU TIDAK LAYAK KESYURGAMU
NAMUN TAK SANGGUP KE NERAKAMU
KUTUNDUK SUJUD MERENDAH DIRI
KEMBALI PADAMU

*Sebahagian dari lirik lagu keinsafan diri dari kumpulan Fursan*

Hidup ini tidak lepas dari teguran,sama ada kita sedar atau tidak,kita endah atau tidak.Datang dari orang yang kita sayangi atau dari orang yang kita benci.Memang kita tak nafikan teguran yang kita senangi apabila teguran dalam bentuk pujian yang menyenangkan jiwa.

Namun,sedarlah awan tidak selalu cerah.Pasti ada awan mendung hitam berarak sambil membawa hujan bersamanya untuk dijatuhkan ke muka bumi.Begitulah hidup kita.Ada yang kata kehidupan kita seperti sebuah roda,adakala di tahap kita jatuh ,adakala di tahap kita berjaya.Sama juga,bila ada pujian hari ini,bersedialah untuk menerima teguran tajam,pedas,panas yang boleh menyakitkan hati kita pada hari esok.

Bila dirimu jatuh dek kerana salah diri kita atau orang lain,bawalah diri berfikit tentang DIA Yang Maha Agung.Pujuklah rasa untuk sujud,muhasabah diri kita kembali.Sedangkan Nabi Muhammad SAW diuji apatah lagi kita hamba Allah yang berdosa lagi kekurangan dan selalu membuat salah.

Setuju atau tidak?? kalau ana mengatakan teguran atau kritikan selalu terkena kepada yang mahu berbuat kebaikan,yang ingin berubah,yang selalu mahu memberi,yang mahu memperbaiki diri, serta berusaha membangun perubahan buat manusia lain dalam kehidupannya.Perjuangan ini amat perit.Seperti mana ana pernah lalunya dahulu,dalam membawa diri kita perlukan sokongan dan doa.Allah akan melapangkan dadanya dan dipermudahkan jalannya,seperti ayat al-Quran yang bermaksud :


“Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.”

Surah al An’am ayat 125.

Sampai satu tahap,teguran ini mampu membuatkan kita menangis.Menangislah...jadikan air mata kita sebagai saksi kesedihan dan kepiluan hati kita.Mereka mengkritik kita kerana mereka memperhatikan kita...betul tak??....Mereka mengkritik kita kerana terus berbuat kebaikan yang mendahului mereka dalam banyak hal,mungkin kerana perbuatan kita,ilmu kita,kedudukan dan harta kita.Allahuakbar !! Semua tu tak kemana tanpa Allah yang memberikan semua.

Jangan mudah berputus asa dan mengaku kalah.Ingat !! kita buat perkara yang baik.Tetapi jangan ada di satu tahap diri kita rasa seperti diri kita hebat dari orang lain.Nauzubillah..minta jauh..
Terjahan demi terjahan kepada kita hanya akan membuatkan kita lebih kuat dalam perjuangan.Jawablah dengan menunjukkan akhlak yang baik dan tidak tertekan.Minta maaf kepada mereka jika perubahan kita ini membuatkan mereka rasa tidak selesa.

Kita harus bersifat terbuka dalam menerima teguran.Bertanyakan kepada mereka apa salah kita??..

Pujuklah rasa hati mu,
Mohon supaya kuat dalam perjuangan,
Ingat kita tidak keseorangan,
Mohon Doa kepada Allah,Ibu Bapa dan Sahabat kita,
Rasakan nikmat apabila Allah ingin menegur kita melalui kawan-kawan kita sendiri,
Mujahadah itu pahit,kerana Syurga itu manis.




waallahu'lam
Semoga bermanfaat :)
Salam perjuangan...

Tiada ulasan: