Jumaat, 26 September 2014

Dunia Penulisanku




Dunia Penulisanku.


Assalamualaikum


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah masih diberi peluang untuk terus menulis di blog Tinta Seorang Pencari. Sesungguhnya, kudrat dan idea ini datang dariNya dan bila-bila masa sahaja keupayaan ini mampu ditarik olehNya.


’Serulah ke jalan Tuhanmu, wahai Muhammad dengan kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya. Dia  yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Al-Nahl,ayat 125


Dunia penulisanku, bermula dari usia 15 tahun sewaktu ditingkatan 3. Pada permulaan dunia itu, penulis hanya seorang pelajar tingkatan 3 yang belajar menulis dan idea itu datang secara perlahan lahan. Semasa ditingkatan 5 ana pernah ditanya oleh seorang rakan, Ana minat menuliskan? Kenapa ana tak menulis dalam blog saja, buat buku ke. Semasa itu, tidak pernah terlintas hendak menulis di blog lantas menjadikan satu minat sehingga sekarang Alhamdulillah !

Penulisan sememangnya mendapat tempat yang besar dalam masyarakat dunia amnya. Kini,kebanyakkan ilmu diabadikan dalam bentuk teks dan dalam bentuk filem, drama, kartun, lagu secara hakikatnya berevolusikan dunia penulisan. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan(Al-Alaq,ayat 1) . Medium yang paling dekat dengan kita sekarang ialah media sosial seperti Facebook, twitter dan sebagainya. Hampir 15 juta rakyat Malaysia menggunakan media sosial. Tapi adakah kita menggunakan dengan sebaiknya?



Dunia kini dihidangkan dengan pelbagai cerita, sengketa, drama, dan kisah yang secara kita sedar atau tidak telah membina pemikiran dan jiwa masyarakat kita. Kita lihat disekeliling kita akhbar, majalah, dan buku-buku yang menjadi jamahan minda masyarakat saban hari.


Apa yang kita baca, apa yang kita fikir dan apa yang kita buat itu adalah kita. Saya ambil contoh penulisan Saudara Hilal Asyraf dalam bukunya Hidup Penuh Erti ‘’Sekiranya dididik masyarakat melalui penulisan pelbagai jenis ini, bahawa 2+2=5, maka masyarakat akan percaya bahawa 2+2=5. Apabila sesuatu telah diajar dan telah di ‘program’kan minda kita sebegitu, ini memerlukan jalan yang boleh mengajak golongan yang sesetengah itu menuju kebenaran. Apa yang kita perlukan? Semestinya Ilmu dan pendekatan yang baik untuk memberi nasihat.


Maka yang ada minat penulis,apa lagi. Teruskan !

Seluruh medium penulisan seperti Facebook, majalah, akhbar, blog, twitter. Tiada idea? Ambil masa untuk membaca buku-buku ilmiah, membaca blog yang boleh merangsang minda dan menambah ilmu. Mendengar ceramah di Utube tapi haruslah memilih siapa yang menyampaikan ceramah tersebut.

Awas ! faktanya mestilah benar. Sejarah, hadith, ayat Al-Quran ,kata-kata ulama dan sebagainya jangan sesekali ditukar ataupun direka.


Bukan hendak menyatakan kita lebih baik.


Niat dan  matlamat perlu jelas. Niat kerana Allah, dan matlamatnya adalah untuk mengajak seberapa ramai manusia yang boleh bersama-sama kita kembali kepada Allah swt, kembali kepada kebenaran.

Kita sekadar menghayati pesanan Almarhum Sheikh Mustapha Masyur, ‘’Perbaikilah diri kamu sambil mengajak orang lain’’. Kita juga dalam proses memperbaiki diri sendiri. Sama juga dengan penulis.

Daripada kita melakukan perkara sia-sia,menulis benda sia-sia, menjadikan ‘status’ ‘tweet’ itu sebagai ‘diari’ hidup kita lebih baik kita jadikan medium itu untuk menyumbangkan sesuatu yang baik walaupun kita bukanlah pelajar agama, ustazah, ustaz. Menyampaikan wasilah itu tugas kita semua.




Jom, menulis.

~Tinta Seorang Pencari~
Kerana Cinta Dia itu Benar



Tiada ulasan: