Khamis, 2 Oktober 2014

| Menilai Keupayaan |



ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah



Semasa dalam satu kuliah baru-baru ini seorang pensyarah berkongsi satu cerita dan pendapatnya tentang pendidikan kita. Bermula dari asuhan di rumah sehinggalah tahap pembelajaran di univesiti. Beliau berkata ‘ Malaysia ingin mencapai tahap negara maju 2020, tetapi hendak maju dari segi apa? Kalau kita tengok tahap pendidikan di Malaysia bagaimana? . Sedangkan pendidikan itu penting. Kita hanya fokus kepada ekonomi tetapi jarang transformasikan kualiti ilmu pengetahuan dan sebagainya. Saya hanya berkongsi pendapat beliau. Tidak bermaksud hendak menyalahkan mana-mana pihak.

Berbalik kepada entry yang saya ingin kongsikan hari ini. Isu yang amat dekat dengan kita iaitu perkara yang umat Islam lakukan pada waktu kemunduran dan masih lakukan sehingga hari ini. Hasil penulisan Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang bertajuk Fiqh Aulawiyyat.

Pertama :

Majoriti umat Islam tidak menghiraukan perkara fardhu kifayah yang berkaitan dengan masyarakat. Contohnya, dalam perkara seperti pembangunan kualiti ilmu pengetahuan, perindustrian dan peperangan. Sedangkan pembangunan dalam bidang itu menjadikan masyarakat yang mampu berdikari.

Kedua :

Perhatian umat Islam tertumpu pada sebahagian daripada rukun Islam lebih banyak berbanding dengan perhatian mereka kepada sebahagian rukun lain. Terdapat dalam kalangan umat Islam yang menitikberatkan ibadah puasa lebih daripada solat. Terdapat orang yang selama mereka hidup, tidak pernah rukuk dan sujud kepada Allah. Ada juga yang hanya tertumpu pada solatnya sahaja tetapi tidak mengeluarkan zakat. Sedangkan Allah swt menyebut kedua-duanya rukun itu dalam Al-Quran sebanyak 28 kali. Ibnu Mas’ud mengatakan “Kita diperintahkan mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Saidina Abu Bakar As-Siddiqr.a pernah berkata : “Demi Allah, aku pasti memerangi orang yang berusaha memisahkan antara solat dan zakat”.

Ketiga :

Umat Islam menekankan sebahagian daripada perbuatan sunat melebihi perbuatan fardhu dan wajib. Kita melihat ramai yang memperbanyakkan zikir,, tasbih dan wirid. Tetapi melupakan perkara wajib khususnya dalam kemasyarakatan dan pergaulan seharian. Contohnya, cara kita berkomunikasi dan melayani kedua ibubapa kita, menjaga hubungan silaturahim dan hubungan kejiranan, mengasihi orang yang lemah, memelihara anak yatim dan orang miskin, serta menyingkirkan perkara mungkar dan zalim dalam bidang sosial dan politik.

Keempat :

Umat Islam memiliki kecenderungan yang lebih besar dalam melakukan ibadah secara individual. Melalui berkumpulan kita dapat memperbaiki jalinan silaturahim antara manusia, khususnya keluarga. Saling menasihati, mengajak kearah kebaikan, menganjurkan keadilan dan musyawarah, memelihara hak-hak asasi manusia dengan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan juga memberi perlindungan kepada orang yang lemah. Jika kita tak punya kewangan untuk membantu, sumbangkan kudrat dan keupayaan kita yang Dia kurniakan. InsyaAllah, moga diterima olehNya. Dalam beribadat juga sama, jangan pernah berasa cukup dengan apa yang telah kita lakukan, berdoalah supaya ibadat kita diterima dan diredhaiNya.

Kelima :

Kebanyakkan umat Islam memiliki kecenderungan dalam memberi perhatian kepada perkara-perkara cabang dan mengabaikan perkara-perkara pokok. Ulama terdahulu mengatakan “Sesiapa yang mengabaikan perkara pokok, pasti dia tidak pernah sampai kepada tujuan”. Samalah juga jika kita ada masalah dalam organisasi atau sebagainya. ‘Back to basic’ dan bawa berbincang. Kita kadang terlepas asas sesebuah bangunan secara keseluruhannya, iaitu akidah, iman, tauhid, dan ikhlas dalam membela agama Allah swt. Masalah yang datang itu mengajarkan kita sesuatu ataupun menegur kita untuk sesuatu. Ambil masa untuk membinanya semula. Dalam ‘bangunan’ yang kita bina itu terdapat pelbagai jenis gelagat manusia, Dia menciptakan kita dengan perbeza pandangan, cara berfikir, identiti, cara hidup, kelebihan, kelemahan. Kita lengkapinya dengan nasihat, bulatan cinta, ayat cinta Allah, membantu ketika diperlukan.


*******************

Saya ingin berkongsi mengenai keberkatan. Kita sentiasa berdoa dan berharap setiap yang kita lakukan semoga mendapat keredhaannya. Ada kan? . Kisah ini juga diceritkan oleh seorang pensyarah semasa kuliahnya. Seorang pelajar telah dibawa ke tindakan tatatertib univerisiti kerana meniru dalam peperiksaan. Semasa ditanya pelajar berkenaan berkata dia hanya meniru satu soalan sahaja. Jawab pensyarah, kamu sedar atau tidak hidup kamu tidak akan berkat selamanya. Sebabnya, kamu mendapat sijil degree daripada result peperiksaan meniru, kamu mendapat pekerjaan melalui sijil itu, adakah gaji yang kamu terima itu berkat?. Selepas itu, kamu berkeluarga, dan memberi makan anak kamu hasil dari gaji yang kamu dapat. Sambungannya.......fikirlah sendiri.....


Sebelum ingin membuat apa-apa fikirkan, apa kesannya bukan buat dahulu baru berfikir. Jaga tingkah laku kita sesama pensyarah, ibubapa, keluarga, kawan-kawan dan tanggugjawab kita. Berat kan? Apatah lagi kata-kata kita seharian. Ingatkan diri sentiasa, muhasabah diri sentiasa, pandanglah diri kita sentiasa. Senyum !




| Tinta Seorang Pencari |
| Kerana Cinta Dia itu Benar |

Tiada ulasan: