Jumaat, 15 November 2013

Insan yang Tersayang

Bismillahirahmanirahim,

Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”
[Surah Luqman ayat: 14]




Dia yang kita panggil Umi,Mama,Ibu,Mak,Bonda sentiasa berkorban untuk kita.Sejak kita dalam kamdungannya dia menjaga kita dengan sebaiknya kerna dia tahu kita ini amanah dari Allah yang perlu dijaga dengan sebaiknya,dijaga diajar dibelai dengan kasih sayang.

Apabila kita dilahirkan ke dunia dia insan yang pertama yang mengalirkan air mata kerana menahan sakit dan bersyukur melihat kita selamat lahir ke dunia ini.Apabila kita semakin membesar dia yang banyak mengajar kita tentang erti kehidupan,dia yang tidak tidur malam dek kerana kita.Sekarang kita telah besar ,memasuki alam persekolahan,universiti,bekerja dan berkeluarga.

Melangkah dan terus melangkah........

Kita sentiasa ada dalam doanya.Sedarlah wahai anak,bahawa ibumu sentiasa ada untuk kita.Biar kadang dia membiarkan kita membesar dengan orang lain tapi ketahuilah dengan doanya kita dapat berjaya sehingga sekarang.

Insan ini :

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh & selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan & kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!....


Suatu hari umi berpesan:

Kemana sahaja kamu pergi jangan tinggal senaskah al-Quran yang kecil ini.Penyelamat kita dunia akhirat.Dia berpesan lagi bersabar lah dengan kehidupan ini dengan apa sahaja ujian yang Allah berikan kepada kita.Ingat kita ada dalam doanya selalu.Itu kekuatan kita selama ini.

Umi,
Ketahuilah anakmu sangat menyayangimu,
Kadang diriku nakal,memberontak,
Kau sabar menjaga,
Mengikuti segala kemahuan,
Kerana suatu hari nanti anakmu juga akan mengalami pengalaman yang sama sepertimu menjaga ku,
Akan ku kutip kekuatan yang ada padamu,
Menjadi bekalan dalam perjalanan yang penuh dugaan ini,

Bingkisan ini untuk:

Umi Abah terima kasih kerana banyak berkorban untuk anak mu ,
Kepada bakal mertuaku yang masih menjadi rahsia Allah,
Mama papa,
Umi Abi,
Emak Bapa,
Bonda Ayahanda,
Dipermudahkan jalan ke syurga tanpa sebarang hijab,

Anak-anak,
Jadilah seindah namamu,
Berikan sebuah 'hadiah' untuknya,
Terima kasih ya Allah atas kurniaanMu,
in sha Allah,






Salam Jumaat,
Sama-sama kita mendoakan supaya kedua ibubapa kita sentiasa dalam lindunganNya,
in sha Allah,
Muhasabah diri,


Tiada ulasan: