Khamis, 28 November 2013

Doaku Untukmu...

الرَّحِيمِ الرَّحْمنِ اللهِ بِسْم

ASSALAMUALAIKUM.

Alhamdulilah,bersyukur ke hadrat Ilahi.


Allah berfirman:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Dan Rabbmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.
(Ghaafir: 60)
D.O.A 
Salah satu cara kita berkomunikasi denganNya yang sangat hebat,hanya kita denganNya sahaja yang memahami dan mengerti erti sebenar apa yang kita minta kepadaNya.Bak kata Ustazah Fatimah Syarha : Jika perlu kamu menangis,maka menangislah.Hadirkannya dari hati yang ikhlas.Mana mungkin Allah menolak doa seorang hambanya yang menangis dan merayu tetapi jika apa yang kamu hajati tidak kesampaian ketahuilah ada yang lebih baik dari apa yang kamu minta.Dia tidak memberi apa yang kamu pinta,tapi Dia memberi apa yang kamu perlu.
in sha Allah,ana akan kongsikan kepada pembaca semua bagaimana untuk mendapatkan doa yang mustajab dari Rasullullah.
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”
Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.”
Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”
Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”
Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: “Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”
Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”



Doaku Untukmu,
Doakan untuk kedua ibu bapa ,saudara mara,kawan-kawan,saudara kita di sana.
Doa senjata umat Islam,
Selamat menempuhi hari-hari seterusnya dalam perjalanan kita,
Moga Allah redha dengan setiap yang kita lakukan,
Moga sentiasa dalam rahmatNya,
In sha Allah,
Wallahu'lam

c&p

Tiada ulasan: