Isnin, 25 November 2013

Mengapa Tidak Aku??..

Assalamualaikum,


Alhamdulilah,bersyukur ke hadrat Ilahi,pada saat ini kita masih diberikan peluang olehNya untuk terus bernafas bagi meneruskan perjuangan kita yang tiada kesudahan ini.

Mesti ramai yang tertanya kenapa dengan tajuk entry kali ini 'Mengapa Tidak Aku'?.Banyak jawapan dan persoalan disebalik sebuah ayat itu.Entry kali ini sedikit sebanyak berkaitan dengan Pilihan Raya Kampus UMK pada kali ini.Tiba-tiba saja idea ini datang kat ana untuk dikongsi bersama,In sha Allah,jika ada salah silap mohon dimaafkan.Penulisan ini hanya pesanan dari seorang sahabat dan pemerhati :)

Tanggal 24 .November .2013 bermulanya kempen bagi setiap calon yang ingin bertanding.Terdiri daripada calon Umum dan Fakuti.Banyak benda yang kita boleh perhati dan lihat bagaimana cara mereka bekerja.Bermula dari penamaan calon sehingga hari pengundian.Selamat berjaya semua :)

Sebelum penamaan calon bermula,bakal calon perlu membeli borang.Tempoh yang diberikan selama 2 hari,dalam tempoh dua hari ana pernah juga ditanya 'kenapa ana tak masuk MPP?' hanya tersenyum dan menjawab 'ana belum mampu untuk mengalas tugas seberat itu,tak apa kita bagi kepada hak terpilih' hehe..
Dan dengan izin Allah,roomate dan kawan dari asasi ana sendiri yang masuk bertanding.Alhamdulilah tumpang gembira untuk saudari Nur Ainin Sofiya Bt Md Affandi dan saudari Ainul Fathini Abdul Karim.

Pesan ku amanah yang kalian pegang ini amat berat tetapi jika kalian mampu melaksanakannya dengan baik.in sha Allah sebaik-baik 'pulangan' yang Allah berikan.Kalian semua insan yang terpilih untuk memegang jawatan ini.Percaya pada diri dan teruskan dengan matlamat :)

Sebuah kata-kata,
^_^

Dhoha. 8 Nov 2013.

Wahai anakku,
Janganlah kamu menerima sesuatu jawatan seandainya kamu tidak mampu memikulnya kelak ia akan menyusahkan kamu di akhirat. Jawatan itu mungkin akan membanggakan kamu seketika, namun ia adalah bebanan yang berat. Aku seringkali merenungi nasihat Imam Al Ghazali, bila ia bertanya kepada muridnya, apakah yang paling dekat, apakah yang paling jauh, apakah yang paling berat dan apakah yang paling ringan. Pelbagai jawapan dari muridnya, akhirnyania berkata " yang paling dekat ialah kematian, kerana ia datang kepadamu dan kamu pergi kepadanya. Manakala yang paling jauh ialah masa yang telah terlepas darimu, kerana ia semangkin menjauh darimu, manakala yang paling berat ialah amanah, dan yang paling ringan ialah berjanji.

Wahai anakku,
Suatu hari Rasulullah pernah menyatakan kepada Abu Zar bilamana beliau memohon jawatan " wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedang jawatan ini adalah amanah, kelak kamu akan menyesal, melainkan kamu menerimanya kerana kelayakanmu, dan kamu tunaikan tanggungjawabnya"

Wahai anakku,
Engkau tidak lebih baik dari Abu Zar dalam amalanmu atau kemampuanmu. Namun jawatan bilamana menjadi hak yang kamu terpaksa menerimanya, mohonlah pertolongan Allah agar Dia membantumu dalam melaksakan amanah itu. Aku tidak bimbang cemuhan atau pujian manusia kepadamu di dunia ini, kerana ia hanya sementara waktu, sedang menantimu di akhirat jauh lebih berat dan lebih besar.

Wahai anakku,
Apa jua jawatan yang kamu pikul, kamu mesti gunakannya untuk menegakkan agama Allah dan menyebarkan kebaikan kepada manusia. Dengan itu, jawatan tersebut akan membahagiakan kamu di dunia dan membanggakan kamu di akhirat. Engkau tidak akan rasanya sebagai bebanan, kerana beratnya tanggungjawabmu menyebabkan besarnya pahalamu, dan ia akan mendekatkanmu dengan Allah. Setiap kali kamu rasa beratnya tanggungjawab yang kamu mesti laksanakan, Allah akan membantumu dengan meringankan bebananmu yang lain di dunia ini.

Wahai anakku,
Aku bertanya kepada Mursyid Am, agar beliau menasihatiku bilamana aku diminta bertanding dalam pilihanraya, beliau mengigatkan aku dengan dua perkara, iaitu

 i. Masuk politik jangan sesekali niat untuk menjadi kaya, kerana politik ialah perjuangan bagi memenangkan Islam dan mendaulatkan syariat Allah.
ii. Kemana sahaja kamu pergi, biarlah ada duit dalam poket, mana tahu kamu akan berjumpa orang yang sangat memerlukan bantuanmu . Kamu tolong diwaktu ia sangat memerlukan, maka pahalanya sangat besar.

Wahai anakku,
Aku penuh yakin dengan Allah yang Maha Penyanyang. Bilamana Ia letakkan amanah ke atas bahumu, tentulah kerana kemampuanmu dan Dia akan pasti membantumu selagi kam mendekatkan dirimu pada Nya. Ambillah kesempatan pada waktu siang, malam atau sedikit dari waktu fajar untuk memohon pertolongan Allah bagi memudahkan urusanmu.




^_^
Meneruskan perjalanan,
Walaupun jauh ditinggalkan oleh insan lain,
Moga ada yang terbaik di pengakhiran nanti,
Sebuah penantian,

Tiada ulasan: