الرَّحِيمِ
الرَّحْمنِ اللهِ بِسْم
3 bersahabat yang selalu bersama dalam perjuangan.Jom kita fahami apa yang ingin mereka perjelaskan kat kita semua ^^
Seusai solat maghrib berjemaah di surau kolej...
Mengapa perlu takut dengan agama?
Aisyah : Ana perasan semasa solat maghrib,
ada ramai jemaah. Tetapi bila mula kuliah, hanya beberapa orang saja yang
tunggu mendengar.
Akhtar :Ya. Ana juga perasan perkara yang
sama. Kebanyakan daripada mereka terus keluar apabila majlis ilmu bermula.Adakah
kerana perbezaan pendapat atau kerana perbezaan gerakan atau kerana perbezaan politik
yang menyebabkan mereka tidak mahu mendengar pengisian ustaz sebentar tadi?
Ana :Sepatutnya kita tidak boleh bersikap sedemikian.
Jangan kerana ada sedikit perbezaan kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW
berpecah-belah.Bukankah Nabi sudah berpesan supaya menjaga silaturahim.Jika perkara
yang dapat meningkatkan keimanan kita serta mendekatkan diri kepada Allah, kita
perlulah melakukannya.
Akhtar : Salah satu sifat yang ada pada Nabi
SAW ialah tabligh yang bermaksud menyampaikan. Bahkan semua para Rasul perlu menyampaikan
wahyu yang diturunkan kepada umat mereka, kecuali Nabi-nabi sahaja yang tidak perlu
menyampaikannya.
Ana :Benar, Akhtar. Kita sebagai umat Nabi
SAW perlu mencontohi sifatnya yang mulia itu.Nabi sudah bersabda sampaikan daripadaku
walau sepotong ayat.Tidak perlu untuk kita menyertai golongan tabligh untuk menyampaikan
pesanan kepada masyarakat, terutamanya mereka yang tinggal di kejiranan kita ini.
Aisyah : Ana setuju dengan cadangan Ana.
Kita perlu pergi rumah kerumah di kawasan kita ini untuk menyampaikan perkara
yang benar.Mereka semua berhak mengetahui perkara yang hak (kebenaran).Sesiapa
yang mengakui bahawa tiada tuhan selain Allah, dia seorang da’ie.
Akhtar :Hampir setiap rumah kita telah lalui,
namun kebanyakan rumah tertutup rapat. Adakah mereka tidak sudi untuk bertemu dengan
kita atau mereka sememangnya tiada di rumah?
Aisyah :Ya . Tidak baik untuk bersangka buruk.Nabi
kita selalu bersangka baik.Jadi kita anggaplah mereka sememangnya mempunyai hal
yang lain. Mungkin tiada di rumah atau pun tidak menyedari akan kehadiran kita.
Ana :Betul. Namun begitu, kita perlu memikirkan
cara yang paling berkesan supaya dakwah kita sampai kepada mereka. Jika mereka tidak
selesa dengan cara yang kita lakukan ini, kita perlu mencari cara lain supaya mereka
tidak berasa malu atau segan untuk bertemu dengan kita. Sebenarnya tidak ada apa
yang perlu ditakutkan dengan agama.
“pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama
kamu, dan Aku telah cukup kan nikmat Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan
Islam itu menjadi agama untuk kamu”
[Surah al-Maidah :ayat 3]
-
Ayat ini
menyatakan kesyumulan agama Islam. Agama Islam bukan hanya pada nama, bukan hanya
ketika susah, bukan hanya ketika melakukan ibadat khusus. Sebenarnya agama
Islam itu adalah cara hidup. “Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana
Allah.”
-
Agama
Islam telah ajarkan kepada kita semua perkara. Dari sekecil-kecil perkara sehingga
sebesar-besarbenda. Termasuk semua bidang ilmu, sains, matematik, fizik,
perubatan, astronomi, ekonomi, politik dan lain-lain lagi.
“Sesungguhnya agama(diredhai) disisi Allah hanyalah
Islam,”
[Surah Ali Imran :ayat 19]
-
Para Rasul dan Nabi semuanya
membawa agama yang sama iaitu mentauhidkan Allah. Mungkin berbeza dari segi syariat,
tetapi sama dari segi akidah. “Katakanlah(Wahai Muhammad)Dia-lah Allah, Yang
Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohan hajat. Dia tidak
beranak dan Dia tidak pula diberanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya.”
Hari
yang pada nya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu
apapun.Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap
Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik).
[Surah
asy-Syura : ayat 88 & 89]
Apa yang sahabat faham tentang perbualan antara 3 sahabat tadi? Tajuknya 'mengapa perlu takut dengan agama?' .Dekat sini ana nak huraikan sedikit tentang dialog itu,dialog kat atas memberikan kita penjelasan kepada tajuk bukanya jawapan kepada tajuk tersebut. Jadi tak perlu takut dengan ajaran agama kita Islam.Disekeliling kita banyak persoalan yang boleh ditimbulkan mengenai tajuk ini.
Umat kita sekarang tak salah kalau ana mengatakan kita semakin parah.Parah dengan pembagai jenis dugaan yang Allah berikan kepada kita.Dengan cara itu Dia dapat menilai sejauh mana kita dalam mencintai Dia dan Rasul.Adakah kita tewas atau kita berjaya? Jawapannya ada pada diri kita sendiri bukan.Muhasabah diri yang leka ini.Sungguh diri ini juga kadang tewas dengan dunia.Alhamdulilah Dia masih menjaga ku dengan sebaiknya.
Apa yang ada dihadapan kita,kita lalui dengan sebaiknya.In sha Allah dengan sahabat kita yang setia menemani kita.Nak menerima itu susah,tapi nak menjaga lagi susah.Memerlukan kekuatan ,doa,kesabaran kita sendiri.Dan jika kita tewas dalam perjalanan ini,ingat 'jalan pulang' kita sentiasa terbentang luas ^^
Panjang pula yea,budak ni menulis.Okkey setakat dulu yea.In sha Allah panjang umur,Jumpa lagi di sini.Doakan yang terbaik untuk kedua ibubapa kita,saudara mara,kawan-kawan dan seluruh umat Islam.Moga sentiasa dalam lindungannya.
'Dari sahabat untuk satu Umat'.
Salam dan selawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad saw.
Waallahu'lam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan